Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Mocha Tiramisu Cheese Meleleh, Nampak Sedap Bila Hidang Serius Orang Ingat Kau Pro Baker!

mocha tiramisu cheese

Kalau anda peminat kek kukus berkeju yang lembut, gebu dan “meleleh”, resipi Mocha Tiramisu Cheese Tumpah ini wajib anda cuba! Bukan sahaja sedap dimakan sejuk, tapi juga sangat sesuai untuk dijual.

Resipi ini dikongsi oleh Azlina Ina di Facebook dan telah pun menjadi kegemaran ramai.

Baca juga: Resipi Bunga Nanas Kering Homemade, Lebih Stail Bila Dihias Atas Kek & ‘Dessert’!

MOCHA TIRAMISU CHEESE MELELEH

mocha tiramisu cheese

Gambar: Azlina Ina

Bahan-bahan & cara penyediaan kek mocha kukus

  • 6 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 ¾ cawan tepung gandum (diayak bersama 1 sudu kecil baking powder)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar emulco mocha atau kopi
  • 1 sudu besar emulco coklat
  • ¼ cawan susu Nescafe (apa-apa jenama, pastikan suhu bilik)
  • ½ cawan minyak masak
  1. Masukkan semua bahan kecuali susu dan minyak ke dalam mangkuk.
  2. Pukul menggunakan mixer sehingga adunan sebati.
  3. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil terus memukul adunan sehingga menjadi gebu.
  4. Setelah adunan gebu, matikan mixer dan masukkan minyak masak. Kacau perlahan-lahan (boleh juga gunakan mixer pada kelajuan rendah).
  5. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas sehingga separuh penuh.
  6. Kukus selama 17–18 minit sehingga kek naik dan gebu.
  7. Biarkan sejuk sebelum tuang krim ke atasnya.

Baca juga: 3 Petua Kuah Ikan Patin Tempoyak Pekat Elok, Barulah Rasa Macam Orang Pahang Masak!

Krim cheese tiramisu

mocha tiramisu cheese

Gambar: Azlina Ina

  • 500g krim keju (cream cheese)
  • ½ cawan susu pekat manis (boleh tambah jika suka lebih manis)
  • 1 ½ cawan whipping cream jenis dairy
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil emulco kopi
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
  2. Mula dengan ½ cawan susu segar dahulu, jika terlalu pekat baru tambah lagi.
  3. Kisar hingga sebati dan licin.
  4. Tuang di atas kek yang telah sejuk.
  5. Simpan dalam peti sejuk sebelum ditabur serbuk hiasan.

Taburan hiasan (ayak atas kek)

  • 50g snow powder (untuk elak serbuk meresap ke dalam krim)
  • 150g serbuk koko
  • 100g serbuk Nescafe 3-in-1 (jenis Hazelnut lebih wangi dan sedap – ikut citarasa)
  1. Gaulkan ketiga-tiga bahan.
  2. Ayakkan di atas kek yang telah disejukkan.
  3. Untuk hasil yang lebih cantik, ayakkan sekali lagi hanya dengan serbuk koko di lapisan paling atas.

Okay, tiramisu dah siap untuk dinikmati atau dijual!

Kek ini sangat sedap dimakan sejuk dan boleh dijadikan pencuci mulut yang mewah. Sesuai juga dijadikan menu jualan kerana tekstur dan rasanya yang sangat premium.

Baca juga: Resipi Pizza Homemade Mudah Tapi Guna Penutup Periuk Ganti Loyang, Sama Cantik Bulatnya!

Sumber: Azlina Ina Resepi

FT Image: Azlina Ina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×