Euforia Bola 2026
Asuh

Kek Tiramisu Boleh Jadi Bahaya Kalau Anak Suka Makan, Ada ‘Bahan’ Buat Si Kecil Tantrum!

KEK TIRAMISU

Menerusi laman Facebook milik Dr Raihana Ismail, dia ada berkongsikan satu fakta yang masih ramai ibu bapa terlepas pandang. Menurutnya, kek tiramisu yang menjadi makanan trending masa kini, tidak sesuai diberikan kepada anak kecil. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Kecoh Menu Pastri Di Suka Dessert Tak Halal, Auntie Ja Akui Kesilapan Sendiri Sebab Kurang Peka..

KEK TIRAMISU BAHAYA UNTUK ANAK, ADA ‘BOM’ TERSEMBUNYI

KEK TIRAMISU

Freepik

Tiramisu mungkin kelihatan seperti pencuci mulut biasa, tapi untuk anak kecil, ia boleh menjadi bahaya tersembunyi yang ramai ibu bapa tak sedar.

Tiramisu tradisional biasanya mengandungi:

  • Espresso atau kopi pekat (sumber kafein utama)
  • Mascarpone
  • Gula
  • Kuning telur mentah

Dalam satu potongan tiramisu, kandungan kafein boleh mencecah 40 hingga 80 miligram, lebih tinggi daripada segelas teh O pekat.

Menurut Canadian Pediatric Society dan American Academy of Pediatrics, tiada jumlah kafein yang benar-benar selamat untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Antara kesan kafein kepada anak kecil termasuk:

  • Degupan jantung laju
  • Sukar tidur/insomnia
  • Mudah gelisah atau tantrum
  • Gangguan penyerapan kalsium (boleh sebabkan tulang lemah)
  • Loya, cirit-birit, atau dehidrasi

Tambah Dr Raihana, selepas umur anak 12 tahun, dos kafein maksimum yang disarankan adalah sebanyak 100 mg sehari (lebih kurang secawan teh tarik tanpa gula tambahan) Namun begitu, tidak digalakkan mengambil kafein setiap hari.

KEK TIRAMISU

Freepik

Selain kek tiramisu, ini merupakan sumber kafein tersembunyi yang anak-anak selalu makan:

  • Minuman coklat berjenama import
  • Aiskrim berperisa mocha, kopi atau tiramisu
  • Dark chocolate melebihi 70%)
  • Minuman tenaga atau minuman isotonik
  • Kek coklat lava & brownies
  • Sesetengah bijirin sarapan (cereal)

Perlu diingatkan bahawa anak-anak anda bukan orang dewasa. Sistem saraf, jantung dan buah pinggang mereka masih belum matang.

Kalau ibu ayah sanggup pilih susu terbaik untuk tumbesaran mereka, anda juga sepatutnya lebih berhati-hati dengan apa yang diberikan kepada mereka.

Tolong sebarkan info ini kepada seramai yang mungkin agar masing-masing cakna di mana kafein tersembunyi dan demi generasi akan datang.

Baca juga: Wanita Simpan Impian Bersanding Pakai Songket, Tapi Lepas 10 Tahun Suami ‘Tunaikan’ Dengan Orang Lain!

Sumber: Facebook Dr Raihana Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×