Euforia Bola 2026
Sihat

Minyak Wangi ‘Murah’ Di Pasaran Ada Bahan Kimia Beracun, Jangan Mudah Terpedaya!

MINYAK WANGI

Minyak wangi tiruan semakin mendapat tempat di pasaran kerana harganya murah dan bau yang hampir sama seperti jenama terkenal.

Namun, di sebalik bau wangi memikat itu, tersembunyi bahaya yang tidak disedari. Minyak wangi tiruan ini mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mengancam kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang.

Baca juga: Walaupun Gaji Tinggi Tapi Siapa Sangka 7 Pekerjaan Ini Boleh ‘Ambil’ Nyawa, Sanggup Tak?

MINYAK WANGI TIRUAN ADA BAHAN KIMIA BAHAYA

MINYAK WANGI

Freepik

Sesetengah minyak wangi ‘cap ayam’ yang dijual di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya seperti:

1. Paraben

Paraben sering digunakan sebagai bahan pengawet untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dalam minyak wangi. Bahan ini boleh meresap ke dalam kulit dan bertindak sebagai ‘xenoestrogen’ yang mampu tingkatkan risiko kanser payudara dan gangguan sistem pembiakan.

2. Methanol

Minyak wangi tiruan turut mengandungi methanol yang merupakan sejenis alkohol beracun di mana boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat, masalah penglihatan dan kegagalan buah pinggang jika diserap melalui kulit dalam jumlah yang tinggi.

3. Phthalates

Penggunaan phtalates di dalam minyak wangi boleh menjadi punca diabetes, mengganggu sistem endokrin, sindrom metabolik selain masalah kesuburan.
tidak normal.

4. Kimia benzene

Bahan kimia selanjutnya yang ada di dalam minyak wangi tiruan adalah benzene di mana boleh menyebabkan leukemia dan masalah darah seperti anemia apabila terdedah dalam jangka masa panjang.

4. Formaldehid

Akhir sekali, formaldehid digunakan dalam minyak wangi sebagai ejen pengawet. Formaldehid boleh menyebabkan iritasi pada kulit, mata, dan saluran pernafasan. Pendedahan yang berterusan boleh meningkatkan risiko asma dan reaksi alahan yang teruk.

Kesimpulannya, jangan ambil ringan perkara ini kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan pada masa akan datang.

Baca juga: 4 Ayat Bila Asyik Disebut Boleh Jadi Punca Rezeki Sempit, Suami Isteri TOLONG Jangan Guna!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×