Euforia Bola 2026
Cantik

Top 10 Minyak Wangi Arab Paling ‘Trending’ Untuk Wanita & Lelaki, Tahan Lama & Harum Tak Ingat Dunia!

minyak wangi arab

Minyak wangi Arab sekarang bukan lagi pilihan ‘makcik-makcik’ sahaja kerana ramai anak muda pun makin suka kerana baunya unik, tahan lama dan lain daripada yang lain.

Ramai juga ingat wangian Arab hanya bau oud (gaharu), tetapi sebenarnya campurannya luas seperti bau bunga, buah-buahan, dan rempah yang buat orang asyik tanya, “Eh, pakai perfume apa ni?”

Baca juga: Tak Sangka! Ini 7 Cara Cerahkan Kawasan ‘Miss V’ Tanpa Produk Mahal, Dari Malu Ke Wow!

TOP 10 MINYAK WANGI ARAB YANG TENGAH DAPAT SAMBUTAN, TAHAN LAMA!

Kalau anda tengah mencari jenama apa yang menarik untuk dicuba, ini senarai 10 minyak wangi Arab tahan lama yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @bonjovzflores. Semua ini pernah dia cuba, dan setiap satu ada karakter tersendiri.

1. Gissah Hudson Valley – Floral Fresh Yang Memikat

minyak wangi arab

Foto: Amazon

Wangian ini penuh dengan aroma floral terutama mawar, dengan sedikit sentuhan blackcurrant. Wangian ini segar, floral dan sedikit berempah. Bila kering, baunya jadi sangat elegan dan memang pilihan selamat untuk peminat wangian feminin dan mewah.

2. Lattafa Khamrah – ‘Legend’ Minyak Wangi Arab

minyak wangi arab

Foto: Amazon

Tidak hairan langsung wangian ini masuk senarai kerana satu sembur pun boleh tahan lama pada baju yang boleh melekat bau sampai seminggu! Namun dicadangkan ambil versi Khamrah Qahwa kerana ada nota kopi yang seimbangkan rasa manis versi asal.

Nota utama: kayu manis, halia, kopi, praline, karamel.

3. Khadlaj Musk Pure Musk Blend – Harum Lembut & Tahan Lama

minyak wangi arab

Foto: ZAOUD

Gabungan mawar dan buah oren menjadikan perfume ini lembut, bersih dan tahan lama di kulit. Kalau anda suka bau musky yang feminin, ini antara pilihan terbaik.

4. French Avenue Liquid Brun – Seksi, Spicy & Warm

Foto: ebay

Wangian ini untuk anda yang suka bau spicy-sensual. Campurannya termasuk kayu manis, buah pelaga, bunga oren dan vanilla bourbon. Dengan sentuhan ekstra ambroxan, ramai kata wangian ini macam bau orange creamsicle, creamy, manis dan memikat.

5. Kaaf by Ahmad Al Maghribi – Segar Unik, Sesuai Cuaca Panas

Foto: eBay

Ada gabungan lavender dan tembikai, baunya segar, unik dan sangat sesuai dipakai bila-bila masa. Kata pengguna TikTok itu, ini antara perfume yang paling kerap dia pakai waktu cuaca panas di Dubai sebab baunya ringan tapi tetap premium.

6. Khadlaj Fursan White – Vanilla Lembut Dengan Aroma Kelapa

Foto: amazon

Kalau anda suka vanila tetapi tak mahu yang terlalu manis, ini pilihan tepat. Bayangkan ais krim vanila dicampur kelapa panggang yang berlemak dan sangat menyenangkan.

7. Mashaer Gold by Oud Elite – Fruity Fresh Jadi Manis Bila Kering

Foto: eBay

Wangian ini bermula dengan bau lemon, nanas dan pic. Bila kering, vanila dan patchouli pula ambil alih menunjukkan satu wangian, dua mood yang sangat versatile.

8. Marj by Ahmad Al Maghribi – Bau Berubah Ikut Masa!

Foto: eBay

Ini antara wangian paling unik dalam senarai. Baunya berubah mengikut tempoh di kulit, awalnya lain, lepas 2–3 jam jadi bau lain pula. Campuran utama adalah buah-buahan dan gaharu. Tapi awas, jangan sembur terlalu banyak… boleh buat satu bilik rasa penuh!

9. Swiss Arabian Shaghaf Oud Tonka – Hangat, Cozy & Cantik

Foto: ebay

Wangian ini lembut dan macam bau pelukan menenangkan. Ada gabungan vanilla oriental dan badam, menjadikannya bau lemak dan sangat tenang.

10. Mysterious by Dumont Paris – Macam Baccarat Rouge + Erba Pura!

Foto: eBay

Ini memang gabungan yang paling ‘win’. Ada kesegaran buah-buahan di awal semburan, kemudian diikuti kehangatan wangian yang lembut. Hasilnya? Aroma yang elegan, manis sederhana dan sangat berkelas T20.

*Yang mana satu pilihan hati?

Baca juga: Ustaz Tegur “Wanita Pakai Minyak Wangi Berlebihan Ibarat Penzina”, Memang Niat Nak Orang Puji

Sumber: Tiktok @bonjovzflores

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×