Euforia Bola 2026
Nur

Pantang Bergaduh Mesti Minta Semula Hadiah, Jangan Biasakan! Islam Larang Perbuatan Ini

PEMBERIAN HADIAH

Pemberian hadiah merupakan satu bentuk kebaikan dan kasih sayang yang sangat dituntut dalam Islam. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama manusia, malah membuka jalan kepada ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Perlu difahami bahawa apabila sesuatu pemberian hadiah atau sedekah telah diterima oleh seseorang, harta tersebut secara sah menjadi milik penerima.

Baca juga: Selami Sejarah Tentang Palestin Dalam Islam, Biar Terpahat Dalam Jiwa Setiap Muslim Selamanya

BOLEH KE TAK HALALKAN PEMBERIAN HADIAH, INI JAWAPANNYA

PEMBERIAN HADIAH

Freepik

Pemberi tidak lagi mempunyai hak ke atas barang atau wang yang telah diberikan. Bahkan, tindakan meminta semula pemberian itu adalah dilarang dalam Islam.

Rasulullah SAW mengumpamakan orang yang menarik semula pemberiannya seperti anjing yang memakan kembali muntahnya. Hadis ini menggambarkan betapa buruknya akhlak meminta semula hadiah atau sedekah, kecuali dalam kes seorang ayah yang memberi kepada anaknya, yang dikecualikan oleh syarak.

Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَحِلُّ لِلرَّجُلِ أَنْ يُعْطِيَ عَطِيَّةً ثُمَّ يَرْجِعُ فِيهَا ‌إِلَّا ‌الوَالِدَ ‌فِيمَا ‌يُعْطِي ‌وَلَدَهُ، وَمَثَلُ الَّذِي يُعْطِي العَطِيَّةَ ثُمَّ يَرْجِعُ فِيهَا كَمَثَلِ الكَلْبِ أَكَلَ حَتَّى إِذَا شَبِعَ قَاءَ ثُمَّ عَادَ فِي قَيْئِهِ

Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang lelaki memberi sesuatu pemberian kemudian dia memintanya semula kecuali bapa meminta semula apa yang diberikan kepada anaknya. Misalan bagi orang yang memberikan sesuatu pemberian dan memintanya semula adalah sama seperti seekor anjing yang makan hingga kenyang lalu ia muntah, kemudian ia memakan semula muntahnya itu.”

PEMBERIAN HADIAH

Freepik

Lebih daripada itu, perbuatan menyebut-nyebut pemberian hadiah atau menyakiti hati penerima juga dilarang. Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 264 mengingatkan bahawa sedekah yang diiringi dengan celaan akan menghapuskan pahala, sebagaimana hujan lebat menghapuskan debu di atas batu hingga bersih.

Dalam Islam, pemberian hadiah  yang telah disampaikan tidak boleh ditarik balik kerana ia sudah menjadi milik mutlak penerima. Mengungkit-ungkit sedekah pula boleh menyebabkan pahala terbatal. Maka, bersedekahlah dengan ikhlas dan reda, tanpa mengharapkan balasan atau pujian manusia.

Baca juga: Musibah Boleh Datang Dari 6 Arah, Amalkan Doa Rasulullah SAW Ini Untuk Perisai Harian…

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×