Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Pertikai Cikgu Tetapkan Menu ‘Wajib’ Murid Bawa Untuk Jamuan, Siap Suruh Bawa Lemang & Sate?

jamuan raya

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia untuk meneruskan tradisi sambutan Aidilfitri sepanjang bulan Syawal, dengan mengadakan jamuan raya bukan sahaja di rumah malah di sekolah dan pejabat.

Memang lebih meriah dan mempunyai pelbagai jenis makanan, namun ada juga isu berkenaan tradisi ini yang kadang-kadang boleh dikategorikan sebagai ‘melampau’.

Baca juga: Cara Buat Gambar ‘Ghibli Style’ Yang Jadi Trend, Rupanya Buat Macam Ni Baru Tak ‘Lari’ Wajah!

JAMUAN RAYA SEKOLAH ANAK, TAPI CIKGU YANG TETAPKAN MENU?

jamuan raya

Tular baru-baru ini satu hantaran di laman sosial oleh seorang ibu yang meluahkan rasa terkejut terhadap konsep jamuan raya yang dianjurkan di sekolah anaknya.

Menurut wanita tersebut, tanpa mendedahkan lokasi sekolah, dia mendakwa guru telah menetapkan menu tertentu yang ‘wajib’ dibawa oleh setiap murid untuk jamuan tersebut.

“Ada jamuan raya di sekolah anak. Tapi yang saya tak boleh terima, cikgu suruh anak-anak bawa sate, lemang dan ketupat. Siap beri nombor telefon penjual kepada murid-murid,” dedahnya.

Lebih membimbangkan, dia mempersoalkan sama ada menu berkenaan benar-benar bertujuan untuk dinikmati murid atau sekadar memenuhi selera guru.

Anak saya siap tantrum nak cari lemang. Sampai ada yang bagi batang buluh kosong, suruh cikgu bakar sendiri. Nanti yang bawa balik makanan pun cikgu-cikgu juga. Anak-anak cuma bawa balik makanan ringan,” ujarnya lagi.

Hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai netizen yang turut terkejut dengan tindakan guru seperti yang didakwa, terutamanya berkaitan pemberian nombor telefon peniaga untuk mendapatkan juadah raya.

“CIKGU BAGI IDEA JE KOT TU..”

Bagaimanapun, terdapat juga komen yang cuba mengambil pendekatan positif dengan beranggapan bahawa ia sekadar cadangan untuk mempelbagaikan jenis makanan dalam jamuan.

“Mungkin cikgu hanya beri idea supaya tidak semua bawa makanan manis. Biasanya potluck memang suka hati nak bawa apa. Selalunya cikgu buat senarai untuk elakkan makanan yang sama,” kata seorang pengguna.

Isu ini turut membuka perbincangan lebih luas tentang bagaimana penganjuran majlis di sekolah perlu mengambil kira kemampuan ibu bapa serta keutamaan murid, dan bukan hanya berdasarkan selera individu tertentu.

*Zaman penulis sekolah dulu semua kutip duit dan kongsi-kongsi…

Baca juga: 10 Idea Menu Jamuan Hari Raya Untuk Sekolah Anak, Memang Cikgu Puji!

Sumber: Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×