Jamuan raya sekolah sudah menjadi sebahagian agenda wajib yang dinanti-nantikan oleh para murid dan guru di Malaysia bagi meraikan umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadan.
Namun, lain pula ceritanya dari seorang murid yang dirahsiakan identiti, apabila meluahkan rasa berat hati untuk menghadiri jamuan Hari Raya sekolahnya, dan seterusnya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Baca juga: Orang Kata Makan Pedas Punca Kena Buasir, Rupanya Ia Antara 10 Mitos Penyakit Itu!
JAMUAN RAYA SEKOLAH

Dakwa murid tersebut, sekolahnya mengenakan peraturan tidak masuk akal sehinggakan dia berasa tidak begitu teruja untuk menghadiri jamuan raya itu.
“Sekarang makin malas nak pergi jamuan raya di sekolah sebab peraturan sekolah makin lama makin mengarut.
“Kata nak happy tapi make up sikit tak boleh, tudung shawl tak boleh pakai, phone tak boleh bawa, wajib kasut sekolah. Baik tak payah buat jamuan,” luahnya.
Luahan murid itu telah mengakibatkan ramai warga maya memberikan kritikan pedas.
Baca juga: Tadika Anak Tenggelam Banjir Terpaksa Batal Jamuan Raya, Jenuh Habiskan Makanan Sampai Malam!
Jamuan raya di sekolah, kena ikut peraturan sekolah
Malah, salah seorang pengguna TikTok @sitinurteemah menasihati murid tersebut supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan sekolah tanpa mengeluh.
“Peraturan sekolah memang tidak pernah berubah. Salah jika tidak puas hati dengan peraturan sekolah. Belum ada lagi sekolah yang benarkan pelajar untuk bersolek kecuali pihak pentadbiran memberikan kebenaran sedemikian,” katanya.
Ujarnya lagi, pelajar masa kini sepatutnya berasa bertuah kerana berdasarkan pengalamannya semasa zaman persekolahan dahulu, hanya perlu memakai baju sekolah ketika jamuan raya.
Baca juga: 5 Perubahan Pelik Bila Faraj ‘Tidur’ Terlalu Lama, Dr. Kongsi Untuk Wanita Ambil Serius!
Banyak cekadak betul eh budak-budak sekarang – warga maya
Meninjau ke ruangan komen, warga maya juga meminta supaya mereka yang bergelar pelajar sepatutnya lebih fokus kepada keterujaan berada di jamuan Hari Raya sekolah bersama rakan-rakan dan bukannya tentang penampilan diri.
“Dulu kalau jamuan raya, tak kisah pakai baju raya ke tak bawa phone ke…yang penting hari itu tak payah belajar. Itu pun dah bahagia sangat dah dik.
“Kau jamuan sekolah dikk…bukan jamuan dekat Mid Valley.
“Kami dulu-dulu teruja nak datang jamuan raya sekolah sebab TAK BELAJAR TAK PAYAH BAWAK BEG , itu yang ‘heaven’.
“Budak ini patut lahir zaman aku lah baru dia tahu rasa, banyak cekadak betul eh budak-budak sekarang ini.
“Tak masalahnya peraturan sekolah dia sama je masa saya sekolah dulu. Tak ada beza pun. Budak sekarang macam-macam eh,” antara komen melahar diberikan warga maya.
@sitinurteemah
Baca juga: Dr Minta ‘Parents’ Jangan Buat Main Anak Ada Asma, Boleh Menyesal Kalau Dibiarkan!
Sumber: TikTok @sitinurteemah
FT Image: Penulis / Blog Saya Cikgu Zahidi
