Euforia Bola 2026
Famili

Mayat Reput Ibu & Anak 2 Tahun, Temui Noktah Duka Bongkar Derita Tersembunyi Di Pangsapuri Bukit Gambir

mayat reput

Misteri bau busuk yang menyelubungi sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, George Town akhirnya terjawab apabila pihak polis menemukan mayat reput seorang wanita bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun di dalam bilik utama rumah berkenaan.

Tragedi yang menyayat hati itu bukan sahaja mengejutkan penghuni pangsapuri, malah turut meruntun perasaan keluarga mangsa.

Baca juga: Remaja Ketagih PK Battle TikTok Terdedah Bahaya Moral & Kewangan, Fahmi Mahu Penjelasan TikTok!

TRAGEDI MAYAT REPUT 2 BERANAK

mayat reput

Gambar Sinar Harian: Anggota bomba terpaksa memecah pintu kediaman mangsa selepas polis menerima laporan menegenai bau busuk dari rumah tersebut.

“Apa yang saya tahu, kakak saya sihat dan tidak ada sebarang penyakit,” kata Noor, adik kepada mangsa, dalam nada sebak ketika ditemui media di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

Noor berkata, kakaknya yang berusia 40 tahun itu tidak pernah berkongsi masalah peribadi dengan keluarga sebelum ini.

Malah, mereka sekeluarga langsung tidak menyangka wanita itu menyimpan derita sehingga menemui ajal bersama anak kecilnya dalam keadaan begitu tragis.

“Kami sekeluarga masih terkejut selepas menerima maklumat daripada polis semalam (Isnin). Sekarang, kami masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian.

“Saya tak dapat komen lebih lanjut, kami sekeluarga amat sedih namun reda dengan apa yang berlaku. Kami serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci,” ujarnya.

Di sebalik wajah tenang wanita itu, rupanya dia memendam derita selepas suaminya dipenjarakan beberapa bulan lalu.

Baca juga: Hanya Berbeza Cara Masak Nasi, Ipar Duai Bermasam Muka Sampai Nak Runtuh Rumah Tangga

mayat reput

Gambar Sinaar Harian: Proses bedah siasat dua beranak berkenaan dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk mengetahui punca kematian.

Menurut seorang jiran yang enggan dikenali, wanita berkenaan dipercayai mengalami tekanan emosi hingga hidup dalam serba kekurangan.

Difahamkan, bekalan elektrik di rumah mangsa telah dipotong kerana gagal menjelaskan tunggakan bil, menjadikan kehidupan dua beranak itu semakin terhimpit.

Jiran-jiran mengadu mereka terhidu bau busuk sejak 21 Jun lalu, namun tidak menyangka bau itu datang dari jasad dua insan malang tersebut.

Siasatan awal polis mengesahkan kedua-dua mayat reput itu adalah ibu dan anak berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemukan.

Mereka ditemui di dalam unit pangsapuri tiga bilik itu selepas pihak bomba membantu membuka pintu kediaman berkenaan sekitar jam 4.41 petang Isnin lalu.

Noor menambah, kediaman itu merupakan rumah milik kakaknya sendiri walaupun kakaknya sudah lama tidak bekerja selepas berpisah dengan suami. Kali terakhir mereka bertemu ialah pada Mei lalu.

Sebelum mengakhiri perbualan, Noor memaklumkan, jenazah kakaknya dan anak saudaranya akan dikebumikan di Pulau Pinang selepas selesai proses bedah siasat. Bagaimanapun, lokasi pengebumian belum diputuskan setakat ini.

Baca juga: Rawatan Di Klinik Swasta Terpilih Kini Percuma, Penerima STR Tak Perlu Bayar!

Sumber: Sinar Harian (1) , (2)

FT Image: Penang Press

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×