Euforia Bola 2026
Famili

Mayat Bayi Lelaki Berlumuran Darah Ditemui, Ditanam Sedalam 10cm Di PPR Gua Musang!

mayat bayi lelaki

Mayat bayi lelaki ditemukan ditanam di kawasan taman permainan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang pada Selasa lalu, menggemparkan penduduk setempat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 10.30 malam mengenai penemuan tragis tersebut.

Baca juga: Gelombang Solidariti #JusticeforZara Gegar Media Sosial Antarabangsa, Termasuk United Kingdom & Amerika Syarikat!

MAYAT BAYI LELAKI DITANAM SEDALAM 10CM

mayat bayi lelaki

Gambar Aimuni Tuan Lah (Kosmo!)

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemukan mayat bayi lelaki yang telah ditanam.

Hasil siasatan awal mendapati bayi itu adalah pramatang dan dipercayai meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, mayat bayi tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk menghubungi IPD Gua Musang di talian 09-9121222 bagi membantu siasatan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa mayat bayi lelaki berbalut kain lampin berdarah ditemukan berhampiran kawasan taman permainan PPR Gua Musang.

Difahamkan, penemuan tersebut dibuat oleh dua remaja lelaki pada jam 10.30 malam sebelum pihak polis dihubungi.

Baca juga: Suka Kongsi Hidup Peribadi Secara ‘Online’ Sampai Tak Keruan Bila Tak Buat, Adakah Anda Sakit Mental?

Sumber: Sinar Harian 

FT Image: IPD Gua Musang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×