Siapa sangka hanya kerana picit jerawat dan menggunakan produk sapuan tanpa pengesahan, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kuman serius.
Menurut kenyataan dari Hospital Nasional Penyakit Tropika Vietnam pada Jumaat (27 Jun), difahamkan bakteria Staphylococcus aureus masuk melalui luka jerawat di wajahnya.
Baca juga: Tabiat Bakar Sarang Telur Undang Padah, Rupanya Jadi Punca Jangkitan Paru-Paru!
AKIBAT PICIT JERAWAT, REMAJA 15 TAHUN MENINGGAL DUNIA

Freepik
Laporan daripada portal Hoa Học Trò mendedahkan bakteria itu merebak ke dalam tubuh mangsa, sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada otak dan paru-paru.
Walaupun telah diberikan rawatan rapi termasuk alat bantuan pernafasan namun keadaan mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan dan dia disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Dalam satu kes berasingan, seorang wanita berusia 32 tahun turut dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan muka yang teruk.
Enam hari sebelum dimasukkan ke hospital, dia picit jerawat di dahi dengan tangannya sendiri dan menyapu krim jerawat tanpa nasihat doktor.
Tidak lama kemudian, kawasan yang dijangkiti itu mula bertukar berwarna merah, bengkak dan dipenuhi nanah, malah merebak ke bahagian mata kiri disertai demam tinggi serta kesakitan melampau.

Wanita itu kemudian dipindahkan ke Hospital Nasional Penyakit Tropika dalam keadaan sangat lemah, dengan bengkak teruk di dahi dan penuh nanah.
Hasil pemeriksaan menunjukkan dia mengalami selulitis subkutaneus, iaitu sejenis jangkitan tisu lembut yang berbahaya dan boleh menyebabkan sepsis, kegagalan organ, malah kematian.
Seorang pakar dermatologi di hospital tersebut menjelaskan bahawa memicit jerawat dengan tangan yang tidak bersih boleh merosakkan kulit dan membolehkan bakteria masuk lebih dalam, sekaligus meningkatkan risiko selulitis atau sepsis jika tidak dirawat segera.
Baca juga: Pelajar UM Bangunkan Aplikasi ‘KelantanLingo’, Lebih Mudah Nak Faham & Belajar Dialek Kelantan
Sumber: MS News
