Euforia Bola 2026
Sihat

Suami Meninggal Selepas Isteri Picit Jerawat Di Hidung, Jangkitan Kuman Merebak Ke Salur Darah Otak..

PICIT JERAWAT

Tidak terlintas di fikiran bahawa tindakan picit jerawat di hidung suami boleh berakhir dengan tragedi menyayat hati. Perkongsian ini melibatkan pasangan suami isteri yang menjalani perkahwinan jarak jauh (PJJ), disebabkan kekangan jarak, mereka hanya dapat bertemu setiap tiga bulan sekali.

Baca juga: Ramai Ibu Ayah Tak Tahu! Cara Letak Tag Nama Dalam Group WhatsApp Kelas Anak, Cikgu Lebih Mudah Kenal

PICIT JERAWAT DI HIDUNG SUAMI BERAKHIR DENGAN TRAGEDI

PICIT JERAWAT

Menurut wanita berkenaan, pertemuan singkat itu bermula dengan gurauan apabila suaminya mengadu tentang jerawat di hidung yang tidak sembuh. Menganggap ia perkara biasa, dia secara berseloroh memicit jerawat berwarna merah itu ketika sedang bergurau.

Walaupun suaminya mengadu sakit, lelaki itu tidak menghalang perbuatan tersebut dan mereka kemudiannya berehat seperti biasa. Namun, keesokan harinya, keadaan si suami  berubah apabila dia mula mengalami demam panas dan sakit kepala berpanjangan.

Pada mulanya, wanita itu hanya memberikan ubat demam biasa namun selepas beberapa hari, suhu badan suaminya semakin meningkat dan kawasan hidung kelihatan bengkak serta kemerahan. Keadaan bertambah buruk apabila lelaki itu sering mengadu pening yang mencucuk hingga ke bahagian belakang kepala.

Mereka akhirnya mendapatkan rawatan di hospital dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat pembekuan darah di bahagian dalam hidung, menyebabkan pesakit perlu menjalani rawatan rapi selama seminggu. Susulan keadaan yang semakin kritikal, doktor memaklumkan bahawa pembedahan segera perlu dilakukan kerana berlaku pendarahan serius melibatkan salur darah ke otak.

Wanita itu kemudian ditanya sama ada jerawat di kawasan hidung pernah dipicit sebelum ini, khususnya di kawasan yang dikenali sebagai segitiga kematian atau The Danger Triangle. Ketika itu, barulah dia menyedari kesilapan yang tidak disangka-sangka, kerana perbuatan tersebut dianggap perkara biasa dan tidak berbahaya.

PICIT JERAWAT

Menurut penjelasan doktor, kawasan hidung adalah bahagian sangat sensitif dan berkait rapat dengan salur darah ke otak. Jangkitan atau tekanan akibat memicit jerawat di kawasan tersebut boleh menyebabkan komplikasi serius, termasuk pendarahan otak.

Wanita itu mengakui perasaan bersalah yang amat mendalam selepas mengetahui hakikat tersebut. Walaupun pembedahan dilakukan, dua hari kemudian lelaki itu disahkan meninggal dunia, meninggalkan trauma dan penyesalan yang tidak terungkap dengan kata-kata.

Kisah ini dikongsikan sebagai peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan mendapatkan rawatan yang betul sekiranya berdepan masalah jerawat, khususnya di kawasan berisiko tinggi.

Baca juga: Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Yang Popular & Sengit Persaingan Nak Masuk, Adik-Adik Kena Tahu!

Sumber: TikTok BurhanSyfq1

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×