Euforia Bola 2026
Famili

Mata Buta Sebelah Akibat Dibaling Mainan, Lelaki Ini Reda Jadi OKU Penglihatan…

mata buta

Seorang lelaki menjadi orang kurang upaya (OKU) penglihatan apabila mata buta sebelah akibat dibaling mainan kecil yang keras sembilan tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Harith Luqman reda dengan takdir tertulis untuk dirinya meskipun dilahirkan normal dan boleh melihat dengan kedua-dua mata sebelum ini.

Baca juga: Bekas Jururawat Patahkan Tulang Bayi Dalam NICU, Ramai Dah Jadi Mangsa Sejak 2023!

MATA BUTA SEBELAH AKIBAT TERKENA MAINAN

mata buta

Pemuda berusia 29 tahun itu menceritakan detik hitam berkenaan berlaku ketika dia pulang ke rumah selepas habis semester pengajian di kampus.

“Ketika itu ada budak tidak sengaja membaling mainan kecil yang keras ke mata saya dan selepas bergegas ke hospital, doktor mendapati saraf belakang mata tidak berfungsi.

“Penerimaan awal memang sedih kerana mata adalah bahagian yang penting bila nak berinteraksi dengan orang, jadi agak malu serta tak yakin.

“Selepas kejadian pun, penglihatan kanan jadi silau, kerap pening kepala, susah nak fokus belajar dan terpaksa berhenti sukan serta hanya lihat kawan bermain saja walaupun aktif waktu itu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, doktor turut membeli pilihan sama ada ingin membuang bola mata atau mengekalnya. Pilihannya adalah mengekalkan namun doktor memberi cadangan agar memakai mata palsu.

Dia turut memberitahu bahawa mengalami mata buta sebelah bukan penghalang untuk dirinya tidak berusaha mencari kejayaan. Dia kini giat menjalankan perniagaan dengan menjual aneka makanan di sebuah gerai di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

“Syukur juga kerana ibu, ayah, adik beradik dan kawan rapat banyak memberi semangat walaupun ada yang terkejut waktu itu. Setakat ini pun, tak ada yang memperlekehkan kekurangan saya,” katanya.

Hartih Luqman lebih memilih untuk berdikari selain tidak menggunakan kekurangan yang ada untuk menagih simpati orang lain.

“Disebabkan tular gambar saya dulu dan sekarang, jadi rasanya sudah tiba masanya bercerita untuk beri inspirasi kepada orang di luar sana.

“Alhamdulillah, ramai beri reaksi positif dan ada juga berkongsi pengalaman mereka. Apa yang saya harapkan cuma doa dan sokongan kerana menyimpan hasrat menjadi usahawan berjaya dan orang berguna, itu saja,” jelasnya.

Baca juga: “Nak Bahagia Tak Perlu Duit” – Kisah Cinta Pasangan Ini Buat Ramai Sebak, Pengorbanan Demi Suami

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×