Euforia Bola 2026
Nur

Masjid Di Kedah Ada ‘Indoor Theme Park’ Buat Ramai Teruja, “Budak Umur 27 Boleh Main Tak?”

masjid di kedah

Sebuah masjid di Kedah menjadi tumpuan ramai apabila menyediakan tarikan yang jarang ada di kawasan rumah ibadah tersebut di negara ini, buat para pengunjung.

Melalui perkongsian di Tiktok @riwayatkitaaa, masjid yang bernama MADAD terletak di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani tampil dengan kelainan apabila mempunyai taman temanya yang tersendiri dan rumah kuda.

Baca juga: Suara Imam Tarawih Cecah Nilai 5 Angka, Masjid Terletak Di Kuala Krai Ini Jadi Buruan!

MASJID DI KEDAH ADA ADA TAMAN TEMA ‘INDOOR’

tarikan masjid

Gambar: Edukidz (kiri) dan rumah kuda MADAD (kanan).

Menerusi video tersebut, dapat dilihat rumah kuda MADAD dan taman tema ‘indoor‘ yang dinamakan Edukidz lengkap dengan gelongsor berlampur, ‘ball pit’ serta skrin interaktif.

Menjengah di ruangan komen, ramai dalam kalangan pengguna TikTok yang tinggal di kawasan Masjid MADAD berkongsikan banyak maklumat untuk menjawab persoalan orang ramai.

Baca juga: Cara Mandi WAJIB Yang Betul & Teliti, Lebih Yakin Bila Beribadat!

Pelbagai tarikan disediakan di sekitar masjid MADAD

masjid di kedah

Gambar: Gelongsor di dalam ruang Masjid MADAD.

Seorang pengguna menjelaskan, Masjid MADAD berada di dalam kawasan yang luas seperti sebuah perkampungan.

Selain masjid, taman tema ‘indoor‘ dan rumah kuda, di dalam kawasan tersebut juga mempunyai rumah perlindungan kucing, homestay untuk musafir serta tempat makan untuk orang kurang berkemampuan.

Pengguna lain turut menjelaskan, taman tema ‘indoor’ dan rumah kuda berada di luar masjid bukannya di dalam bangunan itu. Cuma yang ada di ruang Masjid MADAD adalah sebuah gelongsor sahaja.

Baca juga: Hukum Pancut Air Mani Di Luar Rahim Ketika Senggama, Islam Benarkan Ke?

Beberapa tarikan adalah percuma

Selain itu, hanya sedikit bayaran dikenakan untuk bermain di Edukidz berikutan fasiliti yang disediakan serba lengkap dan canggih. Malah, akses sehariannya juga tanpa had.

Sementara itu, tarikan-tarikan lain adalah percuma termasuk gelongsor yang ada di ruang solat Masjid MADAD.

Penulis turut difahamkan, sewaktu azan berkumandang semua tarikan akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada orang ramai untuk mengerjakan ibadah solat.

@riwayatkitaaa

lepas tarawih bukan moreh tapi singgah sini dulu 😔

♬ original sound – riwayat – riwayat

Baca juga: Selain Solat Sunat Sebelum Subuh, Ini Tips Terbaik Jadikan Dhuha & Isyraq Sebagai Rutin Harian!

Sumber: Tiktok @riwayatkitaaa

FT Image: Tiktok @riwayatkitaaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×