Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Isteri Luah Suami Lemah Tenaga Batin, Tak Sampai 2 Saat Dah ‘Kiok’, Doktor Dedah Punca Sebenar

tenaga batin

Tenaga batin merupakan salah satu aspek penting dalam hubungan rumah tangga. Namun, baru-baru ini di platform X, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah suaminya yang mengalami masalah lemah tenaga batin walaupun sudah berusaha melakukan senaman.

Baca juga: Rahsia Buat Hubungan Kekal Sweet Dengan Hanya Bersembang Dalam Gelap, Boleh Ajak Cik Abang Malam Ini

MASALAH SUAMI LEMAH TENAGA BATIN

tenaga batin

Gambar hiasan AI

Menurut wanita tersebut, masalah itu tidak juga pulih walaupun suaminya setiap pagi melakukan senaman kegel. Lebih membimbangkan, suaminya hanya mampu bertahan beberapa saat sahaja.

“Tolong, nak tanya. Suami saya terus ‘kiok’ lepas 5 tujahan yang cepat. Tak sampai dua saat kot. Ada tak cara untuk suami saya tahan lama? Pagi-pagi dia buat senama kagel, tapi (prestasi) sama je,” luahnya.

Kisah ini mengundang pelbagai reaksi warga maya. Ada yang memberi kata-kata sokongan, ada juga yang berkongsi tip untuk membantu pasangan tersebut.

Antara nasihat yang diberikan termasuk berhenti menonton video lucah, hentikan tabiat onani, serta bersabar dengan proses pemulihan kerana ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun.

“Tahniah. Hebatlah tu, 5 tujahan dalam 2 saat. Nasihat umum, berhenti tengok video lucah. Berhenti onani, yang lain automatik improve apabila yang itu dah buat.

“Nasihat untuk isteri pula, bersabarlah. Proses pemulihan akan ambil masa. Dua tahu atau lima tahun, enjoy the process,” nasihat warga maya.

Tidak kurang juga yang menasihatkan agar suaminya mendapatkan rawatan segera daripada pakar.

Baca juga: 5 Mitos Tentang ‘Ciri’ Wanita Pernah Intim Sebelum Kahwin, No. 3 Tu Paling Ramai Percaya!

PENJELASAN DOKTOR: PUNCA LELAKI TIDAK TAHAN LAMA

Dalam hantaran yang lain di X, Dr. Samhan menjelaskan bahawa masalah ini sering berpunca daripada sensitiviti berlebihan di hujung zakar.

Keadaan ini berlaku apabila saraf terlalu responsif, sehingga isyarat ke otak bergerak terlalu cepat dan menyebabkan pancutan tidak terkawal.

Masalah ini boleh jadi semula jadi sejak muda, atau kesan daripada:

  • Keradangan kulit
  • Luka kecil
  • Kerap onani dengan teknik salah

Kalau dibiarkan…

  • Keyakinan makin jatuh
  • Hubungan dengan isteri mula renggang
  • Suami mula elak hubungan

Cara kawal:

  • Latihan kawalan nafas dan otot lantai pelvis
  • Ubah posisi
  • Teknik ‘start-stop’ / ‘squeeze’
  • Rawatan selamat yang kurangkan sensitiviti tanpa rosakkan saraf

Beliau menegaskan, jangan tunggu sehingga pasangan hilang minat. Masalah ini boleh diatasi jika bertindak awal. Menjaga prestasi bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga menjaga keharmonian rumah tangga.

Baca juga: Patutlah Cik Abang Kerap Minta, Rupanya Sperma Boleh ‘Expired’ Kalau Tak Buang, Pesan Suami 6 Tips Ini…

Sumber: X (1), (2)

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×