Menerusi perkongsian peguam syarie, Fahmi Ramli di laman Facebooknya, terdapat beberapa masalah rumah tangga yang boleh dianggap penganiayaan suami terhadap isteri.
Dalam konteks undang-undang, semua perbuatan yang menyebabkan kemudaratan terhadap rumah tangga terutamanya isteri, ia dipanggil sebagai dharar.
Baca juga: WOW! Ada 3 Jenis Kondom Isteri Paling Suka, Suami Kenalah Lebih Peka Bab Ini…
MASALAH RUMAH TANGGA INI BOLEH DIANGGAP PENGANIAYAAN SUAMI

Kalau ada salah satu daripada masalah ini, isteri dah sampai tahap dharar dalam perkahwinan.
1. Suami tinggal atau hilang lebih daripada 4 bulan
Dalam taklik Nikah, bila suami tinggalkan isteri lebih daripada 4 bulan Qamariah berturut-turut, isteri berhak tuntut Cerai Takliq. Ini kerana ada kemudaaratan berlaku pada isteri jika ditinggalkan suami dengan sengaja atau tidak sengaja.
2. Nafkah isteri tanggung sendiri
Kalau suami tak bagi nafkah, isteri bayar rumah, beli makan minum sendiri, bayar kos perubatan sendiri, beli pakaian sendiri, cuai menyediakan keperluan isteri, maka dharar telah berlaku. Cuma isteri itu saja, reda atau tidak.
3. Dah lama tak bersetubuh
Mengikut undang-undang kes cerai Fasakh, isteri tak dapat Nafkah Batin selama setahun baru berhak tuntut Fasakh. Tapi, jika sebulan lebih tidak bersama sekalipun sedangkan isteri berhak keatas nafkah tersebut, maka dharar sebenarnya telah berlaku dan boleh disabitkan Syiqaq bagi perceraian melalui Hakam.
4. Pukul tubuh badan
Sengaja atau tidak sengaja, jika perlakuan fizikal telah berlaku tambahan pula kecederaan tersebut serius, maka kemudharatan telah terjadi keatas isteri. Bezanya, ada yang nak buat laporan polis dan ada yang berdiam diri.
5. Suami berkelakuan keji
Kelakuan keji ni luas dan pelbagai tafsiran. Curang juga adalah salah satu cuma ia berat untuk dibuktikan melainkan suami ditangkap khalwat dengan mana-mana perempuan yang bukan mahram atau masuk penjara kerana terlibat dengan najis dadah.
Penganiayaan ini membolehkan isteri untuk berpisah dengan si suami.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.
Baca juga: Menopause Bukan Penghalang, Hubungan Cinta Lebih Nikmat Jika Guna Pelincir Ini
Sumber: Facebook Fahmi Ramli
