Euforia Bola 2026
Sihat

Susah Dapat Anak Bukan Semua Salah Wanita! Ini 9 Sperma TAK NORMAL Jadi Punca Lelaki Mandul!

masalah kesuburan lelaki

Seringkali bila bercakap mengenai kesuburan untuk hamil, ramai yang hanya tertumpu kepada masalah kesihatan wanita. Namun, perkara ini juga berkait rapat dengan masalah kesuburan lelaki yang kurang dipandang serius.

Kesuburan lelaki banyak bergantung kepada kualiti dan kuantiti sperma. Walaupun seseorang itu kelihatan sihat, kelainan pada sperma boleh menjejaskan peluang untuk memperoleh zuriat. Oleh itu, adalah penting untuk lelaki mengetahui apakah jenis-jenis sperma tak normal yang boleh berlaku dan bagaimana ia memberi kesan kepada kesuburan.

Baca juga: Doktor Saran Lelaki Jangan Takut Makan Daging Merah, Rupanya Rahsia Hormon ‘Steady’…Otot Tegap!

MASALAH KESUBURAN LELAKI BERGANTUNG KEPADA 9 SPERMA TAK NORMAL INI, ADA BANYAK JENIS!

masalah kesuburan lelaki

Foto: freepik

1. Oligospermia (Bilangan Sperma Rendah)

Keadaan di mana bilangan sperma dalam air mani lebih rendah daripada normal. Ini boleh menyukarkan proses persenyawaan kerana peluang sperma untuk sampai ke ovum adalah lebih rendah.

2. Azoospermia (Tiada Sperma Dalam Air Mani)

Masalah serius di mana tiada langsung sperma ditemui dalam air mani. Ia boleh berlaku disebabkan oleh gangguan hormon, masalah genetik, atau saluran yang tersumbat.

3. Teratospermia (Bentuk Sperma Tidak Normal)

Sperma mempunyai bentuk kepala atau ekor yang ganjil, menyukarkan pergerakan dan persenyawaan. Bentuk sperma yang sihat adalah penting untuk menembusi telur wanita.

4. Asthenospermia (Sperma Lemah/Tidak Aktif)

Sperma yang bergerak perlahan atau tidak aktif mengurangkan keupayaan untuk sampai ke ovum. Pergerakan aktif amat penting dalam proses kesuburan.

5. Necrospermia (Sperma Mati)

Keadaan di mana sebahagian besar atau semua sperma dalam air mani adalah tidak hidup. Ini menandakan masalah kesihatan yang perlu ditangani segera.

6. Hypospermia (Isipadu Air Mani Sedikit)

Jumlah air mani yang dikeluarkan semasa ejakulasi adalah kurang daripada biasa, yang mungkin menandakan kekurangan hormon atau masalah kelenjar prostat.

7. Hyperspermia (Isipadu Air Mani Terlalu Banyak)

Walaupun jarang dibincangkan, isipadu air mani yang terlalu banyak juga boleh mencairkan kepekatan sperma, menjadikan ia kurang efektif untuk proses persenyawaan.

8. Hemospermia (Air Mani Berdarah)

Kehadiran darah dalam air mani boleh berpunca daripada jangkitan, kecederaan, atau masalah prostat. Ia memerlukan pemeriksaan lanjut oleh pakar.

9. Leukospermia (Kehadiran Sel Darah Putih Berlebihan)

Jumlah sel darah putih yang tinggi dalam air mani menunjukkan kemungkinan jangkitan atau keradangan, yang boleh merosakkan sperma.

masalah kesuburan lelaki

Foto: freepik

Oleh itu, jika abang-abang semua ada mengalami tanda-tanda seperti kesukaran mendapatkan zuriat atau perubahan pada air mani, segeralah berjumpa doktor. Pemeriksaan awal boleh membantu mengenal pasti punca dan meningkatkan peluang untuk mendapatkan rawatan yang berkesan.

Baca juga: Hubungan Makin Hangat Bila Guna Ramuan Ini, Cik Abang ‘Tahan Lama’ Tanpa Makan Ubat Kuat!

Sumber: Nova IVF, PopMama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×