Isu penipuan kerja semakin menjadi perbualan hangat di media sosial dan rata-rata yang menjadi mangsa adalah mereka yang terdesak mencari kerja.
Golongan ini selalunya mudah terpedaya dengan tawaran gaji lumayan, kerja mudah tanpa pengalaman atau peluang pekerjaan segera tanpa temuduga.
Baca juga: Bila Pergi Career Fair, Jangan Hanya Datang Kutip ‘Goodies’, Ini Tips Nak Lekat Kerja!
ELAK JADI MANGSA PENIPUAN KERJA, INI ANDA KENA BUAT

Freepik
Jadi, bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan kerja, ini yang perlu dilakukan:
1. Semak latar belakang majikan
Sebelum memohon atau menghadiri temuduga:
- Google nama syarikat dan semak laman web rasmi mereka.
- Semak jika syarikat mempunyai profil profesional di LinkedIn, JobStreet atau platform kerjaya lain.
- Cari ulasan bekas pekerja melalui laman seperti Glassdoor, forum tempatan atau Facebook.
Jika syarikat tiada jejak digital langsung, berhati-hati.
2. Penipuan kerja – semak pendaftaran syarikat di SSM
Pastikan syarikat itu berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Langkah semakan:
1. Layari link ini (https://www.ssm.com.my/Pages/Home.aspx)
2. Klik e-Search atau “MyData SSM”
3. Masukkan nama syarikat dan semak status pendaftaran, nombor syarikat dan butiran pengarah
Syarikat yang tidak berdaftar atau memberi alasan masih baru harus dipertimbangkan semula.
3. Kenali tanda-tanda iklan kerja palsu
Selanjutnya, bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan kerja, hati-hati jika iklan kerja
Hati-hati jika iklan kerja:
- Menjanjikan gaji tinggi tanpa pengalaman
- Menggunakan ayat seperti “Kerja Mudah Dari Rumah, RM300 Sehari!”
- Tiada maklumat jelas tentang syarikat
- Menghantar tawaran kerja tanpa temuduga langsung
- Menyuruh anda membayar yuran pendaftaran, latihan, atau dokumen
– Pekerja tidak sepatutnya membayar untuk mendapatkan kerja.
4. Hubungi syarikat secara langsung
Jika ragu-ragu:
- Hubungi syarikat melalui nombor rasmi yang dipaparkan di laman web mereka
- Bertanya terus tentang kekosongan jawatan yang ditawarkan
- Elakkan berurusan hanya melalui WhatsApp atau media sosial peribadi

Freepik
5. Jangan dedahkan maklumat peribadi terlalu awal
Anda juga dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat seperti di bawah untuk elak menjadi mangsa penipuan kerja:
- Nombor akaun bank
- Salinan IC
- Gambar berprofil tinggi
- Maklumat kad debit/kredit
6. Laporan & tindakan jika ditipu
Jika anda rasa telah ditipu oleh majikan ‘palsu’:
- Buat laporan polis segera
- Laporkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Mencari kerja memang mencabar tetapi biarkan diri anda menjadi mangsa penipuan. Gunakan senarai semak ini setiap kali anda menerima tawaran atau melihat iklan kerja mencurigakan.
Jadilah pencari kerja yang berhati-hati, berpengetahuan dan berani bertanya.
Baca juga: Tahniah! Fakulti Masscomm UiTM Dinobatkan No.1 Terbaik Di Malaysia & No.7 Di Asia
Sumber: Thomson Reauters
