Euforia Bola 2026
Famili

‘Hero Pemerdagangan Manusia’ Kongsi Kisah Selamatkan Mangsa Sindiket ‘Job Scam’ Di Luar Negara

kes pemerdagangan manusia

Menyebut tentang kes pemerdagangan manusia ramai yang akan terfikir akan sindiket jual beli manusia untuk dijadikan pelacur atau dibunuh. Namun, ramai yang terlepas pandang bahawa pemerdagangan manusia ini juga meliputi kes ‘scam’ kerjaya yang telah mengaburi mata berpuluh ribu rakyat Malaysia secara khusus.

Kali ini dalam episod 5 podcast Sirap Limau di Youtube menjemput Tuan Azirul Syafiq, merupakan ahli perniagaan, perunding perniagaan Brunei & China. Beliau merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang dapat pengiktirafan ‘Brunei Book of Records’ kerana telah membantu ribuan usahawan di Brunei untuk menghubungkan urusan perdagangan malah menjadi HERO dalam menyelamatkan mangsa scam di luar negara!

Baca juga: 10 Tempat Hanya Indah Khabar Dari Rupa Di Malaysia, Kalau Pergi Rasa Serabut!

KES PEMERDAGANGAN MANUSIA, TERJERAT DALAM SCAM KERJA DI NEGARA LUAR!

kes pemerdagangan manusia

Apabila ditanya bagaimana dirinya boleh terlibat dalam proses menyelamatkan mangsa-mangsa pemerdagangan manusia, beliau menyatakan rahsianya adalah mempunyai banyak rakan-rakan ‘berpengaruh’ dari dalam dan luar negara. Beliau sering buat networking dari rakan-rakan luar negara seperti Hong Kong, Guangzhou, terutama sekali di Asia.

Kisah sebagai ‘hero’ dalam membanteras sindiket ini bermula tahun 2022 apabila beliau terlibat bersama Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) untuk membanteras dan menaikkan lagi isu pemerdagangan manusia. Apa yang membuatkan Tuan Azirul tekad dalam hal ini adalah dia pernah menonton video seorang ibu warga Myanmar menangis di hadapan pejabat kedutaan Myanmar, memohon bantuan supaya dapat pulang ke negara sendiri.

Kes pertama menyelamat kumpulan yang terkena ‘job scam’ ini adalah di Kemboja. Kes pertama pada tahun 2021 itu adalah melibatkan 7 orang Melayu rakyat Malaysia di Sihanoukville, 4 jam dari Cambodia. Penting untuk kita tahu bahawa orang di negara sana pun sangat membenci dengan kes pemerdangan manusia yang berpunca dari China.

Malah, dedahnya lagi, mana-mana kes scam sebegini tidak akan berpunca dari orang negara lain selain dari China kerana ada kuasa untuk ‘membayar’ negara-negara lain. Bukan itu sahaja, negara China tidak membenarkan rakyatnya melakukan jenayah pemerdagangan ini di negara sendiri kerana sistem keselamatan sangat tinggi dan tidak berupaya buka sindiket scam di China.

Beliau berkongsi juga mangsa-mangsa yang diselamatkan dihantar dalam satu van putih dan semua memeluknya sebagai tanda terima kasih. Di pusat tahanan untuk menjalankan kegiatan scam ini, ada yang dirampas telefon bimbit dan ada yang tidak, malah mereka disediakan komputer riba kerana perlu bekerja sebagai ‘job scammer’.

Apa yang menariknya, kerajaan China juga terus mencari jalan untuk membanteras sindiket-sindiket yang dilakukan oleh rakyat mereka sendiri kerana ini mengundang malu.

ASAL USUL DALANG SCAMMER, BAGAIMANA ANDA BOLEH TERJEBAK?

kes pemerdagangan manusia

Hero Penyelamat Mangsa- Tuan Azirul

Tuan Azirul mendedahkan sejarah scammer ini datang dari 4 famili yang mengawal semua pusat scammer seperti famili Bai Suocheng, Wei Chaoren, Liu Guoxi and Liu Zhengxiang yang buka pusat-pusat sindiket di kawasan sempadan negara.

Walaupun pihak kerajaan negara lepas tangan, ada kerajaan etnik dalam negara yang berunding serta menubuhkan kumpulan bernama Brother Alliance yang pergi bom semua pusat sindiket pemerdagangan manusia yang ada. Pernah ketika berlakunya peperangan kumpulan etnik yang menentang kerajaan Myanmar di Lao’ Cai, pihak MHO bersama Tuan Azirul berjaya menyelamatkan dan membawa pulang kira-kira 128 rakyat Malaysia yang terlibat dalam kes ini.

Ramai yang tertanya bagaimana mangsa scammer terjebak? Apa yang boleh diperhatikan adalah bermula dari dapat iklan peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan, contohnya ada yang tawar sampai RM8000 sebulan tetapi di Bangkok. Mereka tidak akan menyebut iklan pekerjaan di negara-negara seperti Myanmar,Laos kerana mustahil untuk dapat kerja di sana dengan gaji selumayan itu. Antara bidang kerjaya yang sering terjerat dalam scam ini adalah ‘customer service’ dan ‘hotel manager’.

Semudah dengan hanya klik nombor yang ada dalam iklan, tawar tiket penerbangan percuma, bayarkan duit untuk orang buat passport. Bila dah sampai di lokasi kerja tersebut, akan ada orang khas datang untuk urus individu yang berminat ini.

Sudah semestinya, pelbagai risiko yang terpaksa dihadapi oleh pihak penyelamat ini adan tertanya apakah bayaran dan kos misi menyelamat mangsa? Menurut Tuan Azirul, selalunya akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri dan persatuan, malah beliau berkongsikan ada misi menyelamat yang tidak perlu keluarkan apa-apa kos kerana rakan-rakan ‘berpengaruh’ telah membantu semua kerana mereka tersangat kaya!

MANGSA SINDIKET PEMERDAGANGAN TIDAK AKAN DIJADIKAN PELACUR

Melegakan adalah, setakat misi menyelamat yang dilakukan beliau, belum pernah lagi jumpa rakyat Malaysia yang perempuan dirogol dan dijadikan mangsa pelacuran. Hal ini kerana, satu mindset orang China ini adalah mereka hanya mahukan duit dan PANTANG LARANG dalam sindiket ini adalah tidak boleh bercinta, bersetubuh dan mengandung.

Menurutnya, antara sindiket scam yang paling bahaya adalah Love Scam di mana anda akan terpedaya dengan teknologi mengubah wajah seakan-akan anda terjerat dalam percintaan bersama orang yang cantik dan kacak.

Menyedihkan adalah, sda daripada mangsa kerja scam ini memilih untuk tidak pulang kerana berhadapan dan mempunyai masalah rekod jenayah di negara asal. Jadi, mereka menggunakan jalan tikus ini untuk ke negara luar dan menjadi ‘leader’ di sana, seterusnya umpan rakyat Malaysia.

Paling penting untuk diingatkan dan merupakan nasihat supaya anda tidak menjadi mangsa adalah, jangan terima apa-apa tawaran pekerjaan dari negara luar yang lebih miskin dari kita. Fikir dari segi sudut ekonomi, kekuatan negara tersebut untuk mengesahkan bahawa mereka ‘layak’ membayar kita gaji yang tinggi.

*Berikut merupakan video podcast secara penuh dan anda boleh menghayati lagi penceritaan beliau. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman bersama kami!

Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?

Sumber: Youtube Sirap Limau

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×