Buah zuriat, atau nama saintifiknya Hyphaene thebaica, merupakan sejenis buah yang tumbuh di wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara. Ia dikenali dengan pelbagai nama seperti ‘buah Adam dan Hawa’ atau “doum palm fruit” dan sering dikaitkan dengan kesuburan dan kehamilan dalam perubatan tradisional.
Tapi, kalau tengok rupa buah ini, ramai yang tertanya bagaimana untuk makan dan apa kelebihan lain yang boleh anda dapat?
Baca juga: Hanya 3 NEGERI Sahaja Masih ‘Subur’ Lahirkan Bayi Yang Cukup Untuk Stabilkan Populasi
MANFAAT MAKAN BUAH ZURIAT, LEBIH MUDAH HAMIL?

Foto: Halodoc
Berikut merupakan beberapa manfaat popular yang anda akan dapat apabila mengamalkan buah zuriat.
1.Meningkatkan Kesuburan
Secara tradisional, buah zuriat dipercayai dapat meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Kajian saintifik yang mengesahkan dakwaan ini masih terhad, namun kandungan antioksidan dalam buah zuriat dipercayai dapat membantu melindungi sel-sel reproduktif daripada kerosakan.
2.Membantu masalah pencernaan
Kandungan serat yang tinggi dalam buah zuriat dapat membantu melancarkan pencernaan dan mencegah masalah sembelit, yang biasa dialami semasa kehamilan.
3.Menguatkan sistem imun
Antioksidan dalam buah zuriat dapat membantu menguatkan sistem imun badan dan melindungi daripada penyakit.
4.Menstabilkan hormon
Buah zuriat dikatakan dapat membantu menstabilkan hormon dalam badan, yang penting untuk kesihatan reproduktif dan kitaran haid yang teratur.
5.Mencegah ‘Osteoporosis’
Dengan kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi, buah ini dapat membantu mencegah osteoporosis dan menjaga kekuatan tulang. Ini amat penting terutamanya bagi wanita yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah tulang.
6.Dapat mengurangkan masalah dehidrasi
Kandungan nutrien dan air dalam buah zuriat dapat membantu mengurangkan masalah dehidrasi, menjaga kelembapan badan.
7.Merawat rasa sakit dan lenguh sendi
Kandungan anti-radang dalam buah zuriat dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan lenguh pada sendi.
Macam mana nak makan buah ini?

Buah zuriat boleh dimakan secara langsung setelah:
-Dikupas
-Direbus
-Air rebusannya diminum
-Boleh juga dijadikan jus dan bahan tambahan dalam masakan
Walaupun buah zuriat secara tradisional dianggap bermanfaat, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya sebagai rawatan kesuburan atau semasa kehamilan. Ini kerana setiap individu mempunyai kondisi kesihatan yang berbeza, dan reaksi terhadap buah zuriat mungkin berbeza-beza.
Baca juga: Fenomena ‘Childfree Lifestyle’ Makin Popular Di Malaysia, Kahwin Tapi Tak Nak Anak!
Sumber: Madaninews, Foto Lina Dato Hassan, Motherhood
