Euforia Bola 2026
Sihat

8 Jenis Buah ‘Ajaib’ Bantu Turunkan Berat Badan Secara Semula Jadi, Sebulan Dah Nampak Hasil!

buah untuk kurus

Ramai orang percaya cara untuk menurunkan berat badan hanyalah dengan berlapar atau mengurangkan makan nasi. Jangan lupa, bahawa rahsia untuk sihat terletak pada jenis buah yang dimakan dan anda kena tahu pilih buah untuk kurus yang sesuai.

Buah bukan sahaja rendah kalori, malah kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu tubuh lebih bertenaga, rasa kenyang lebih lama, serta mengawal nafsu makan. Jadi, jom penuhkan peti sejuk dengan 8 jenis buah ini!

Baca juga: Jangan Sembarangan! Buah Yang Boleh & Tak Boleh Diambil Untuk Pesakit Kencing Manis

8 JENIS BUAH UNTUK KURUS, SEDAP & MAKAN BANYAK PUN TAK RASA BERSALAH

buah untuk kurus

Foto: freepik

1. Epal

Manfaat: Tinggi serat, rendah kalori.

Kelebihan: Buat kenyang lebih lama, kawal selera makan.

2. Kiwi

Manfaat: Kaya vitamin C & serat, ada enzim actinidin.

Kelebihan: Tingkatkan metabolisme & lancarkan pencernaan.

3. Oren

Manfaat: Banyak vitamin C, serat larut air.

Kelebihan: Segarkan badan, kawal gula darah & bakar lemak.

4. Nanas

Manfaat: Ada bromelain (enzim pencernaan), tinggi air.

Kelebihan: Kurangkan kembung, cegah simpanan lemak.

5. Strawberi

Manfaat: Rendah kalori, kaya antioksidan & serat.

Kelebihan: Stabilkan gula darah, tingkat metabolisme.

6. Tembikai

Manfaat: 92% air, rendah kalori.

Kelebihan: Hidrasi tubuh, elak makan berlebihan.

7. Jambu Batu (Guava)

Manfaat: Tinggi vitamin C (lebih tinggi dari oren), serat tinggi, rendah kalori.

Kelebihan: Bantu rasa kenyang, kuatkan imun, kawal gula darah.

8. Pisang

Manfaat: Ada potassium, magnesium, vitamin B6 & serat.

Kelebihan: Bantu kenyang lama, elak craving manis, bagus dimakan sebelum/selepas senaman sebab beri tenaga tanpa lemak berlebihan.

Semua buah ini rendah kalori tapi kaya nutrisi, sesuai untuk dijadikan snek gantian makanan ringan atau sebagai sarapan ringan.

Contoh Menu Harian (Diet Buah + Seimbang)

buah untuk kurus

Foto hiasan.

1. Sarapan (7.00 – 8.00 pagi)

  • 1 biji pisang (bagi tenaga cepat, kaya potassium)
  • 1 keping roti gandum + telur rebus
  • Air kosong / teh hijau tanpa gula

2. Snek Pagi (10.00 pagi)

  • 1 epal sederhana (beri rasa kenyang, kawal selera)
  • Segelas air kosong

3. Makan Tengah Hari (12.30 – 1.30 petang)

4. Snek Petang (4.00 – 5.00 petang)

  • 1 mangkuk kecil strawberi atau kiwi
  • Air kosong / air lemon suam

5. Makan Malam (7.00 – 8.00 malam)

  • Sup sayur + ayam / ikan stim
  • 1 potong nanas atau oren (bantu penghadaman, kurangkan kembung)

6. Snek Malam Ringan (jika lapar, 9.30 – 10.00 malam)

  • 1 potong tembikai (segar, rendah kalori, banyak air)

*Semoga berjaya turunkan berat badan!

Baca juga: 7 Pilihan Buah Untuk Pesakit Kencing Manis, Kurang Kandungan Gula Tapi Manis Di Tekak

Sumber: Nutrition Source, Sri Rachmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×