Euforia Bola 2026
Famili

Rawat Sambil ‘Travel’? Malaysia RAJA Destinasi Pelancongan Perubatan Terbaik Dunia!

pelancongan perubatan

Pelancongan perubatan di Malaysia terus mendapat pengiktirafan global apabila negara ini berjaya meraih kedudukan teratas dalam senarai 10 Negara Terbaik Bagi Pelancongan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan Luar Negara 2025, seperti yang diterbitkan oleh syarikat perunding berpangkalan di Dubai, Nomad Capitalist.

Baca juga: Lebih 65 Peratus Pemegang Ijazah Terima Gaji Cukup-Cukup Makan, Nak Menyimpan & Melabur Pun Tak Lepas!

MALAYSIA TERATAS DESTINASI PELANCONGAN PERUBATAN DUNIA

pelancongan perubatan

Gambar Shahee Ilyas.

Laman berkenaan melaporkan bahawa Malaysia menerima lebih 500,000 pelancong perubatan setiap tahun, majoritinya dari negara-negara Asia.

Kejayaan ini bukan sahaja hasil daripada kemajuan infrastruktur perubatan negara, malah turut didorong oleh kos rawatan yang jauh lebih rendah berbanding negara-negara Barat dan pesaing serantau.

Salah satu pusat rawatan yang menjadi kebanggaan negara, Prince Court Medical Centre di Kuala Lumpur, telah dinamakan sebagai hospital nombor satu untuk pesakit antarabangsa oleh Medical Travel Quality Alliance.

Bahkan, pengasas Nomad Capitalist sendiri, Andrew Henderson, mengakui memperoleh penjimatan sebanyak USD2,000 ketika mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

  1. Malaysia diiktiraf kerana memiliki fasiliti kesihatan yang setanding dengan negara maju seperti Singapura, namun dengan harga yang jauh lebih kompetitif.
  2. Selain itu, penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih meluas di Malaysia menjadikannya lebih mudah diakses oleh pelancong asing berbanding negara seperti Thailand.
  3. Manakala, infrastrukturnya pula dianggap lebih baik berbanding negara seperti India.

Dari segi rawatan khusus, Malaysia menawarkan perkhidmatan seperti persenyawaan in vitro (IVF) pada hanya satu perlima daripada kos di negara Barat.

Di samping itu, negara ini turut menyediakan rawatan canggih untuk mangsa melecur serta pemeriksaan kesihatan menyeluruh, termasuk ujian darah, yang hanya menelan kos beberapa ratus dolar yang jauh lebih murah berbanding ribuan dolar di Amerika Syarikat.

Baca juga: Takut Kahwin? Bertenang~ Akak Ada 8 Nasihat Yang Mampu Robohkan Hati ‘Besi’ Adik-Adik!

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia turut mempunyai agensi khas yang ditubuhkan bagi menarik ratusan ribu pelancong perubatan. Salah satunya melalui Malaysia Travel Healthcare Council yang menyediakan kemudahan perubatan sebagai pusat sehenti kepada pelancong.

Ia sebagai kemudahan yang diberikan kepada pelancong luar negara menikmati kemudahan perubatan yang ekslusif di Malaysia. Selain, salah satu inisiatif Kerajan Malaysia menggalakkan pelancong luar negara melawat Malaysia.

Baca juga: Bekas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden Hidap Kanser Prostat ‘Agresif’, Kini Merebak Ke Tulang!

Dalam perkembangan lain, negara-negara seperti Jordan dan Colombia turut memperlihatkan kemajuan pesat dalam sektor pelancongan perubatan.

Jordan kini menerima jutaan pesakit dan tersenarai dalam lima destinasi terbaik oleh Bank Dunia, manakala Colombia sedang membangun pantas sebagai hab kesihatan serantau.

Menerusi senarai tersebut, Brazil berada di tangga ke-10 manakala Mexico di tangga kesembilan. Turut menjadi antara pilihan teratas bagi bersara, Panama tersenarai sebagai destinasi kelapan pelancongan perubatan, didahului Costa Rica di kedudukan ketujuh.

Senarai penuh 10 negara teratas turut menampilkan Brazil di tempat ke-10, Mexico (9), Panama (8), Costa Rica (7), Republik Czech (6), Turkiye (5), India (4), Thailand (3) dan Singapura (2), dengan Malaysia mengungguli tempat pertama.

Dengan pengiktirafan ini, jelas bahawa Malaysia bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong biasa, malah kini merupakan pilihan utama bagi mereka yang mencari rawatan perubatan berkualiti pada harga berpatutan dalam suasana yang mesra dan moden.

Baca juga: Anak Orang Miskin Tak Cukup Zat Sebab Itu Bantut Tak Macam Keluarga Kaya, Ramai ‘Panas Hati’ Dengan Teori Wanita Ini

Sumber: Nomad Capitalist / MyGovernment

FT Image: Media Mulia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×