Hanya dua hari selepas kerajaan mengumumkan makanan sejuk beku kini termasuk dalam kategori barangan yang boleh dibeli menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), beberapa pasar raya dan kedai runcit terpilih dilaporkan kehabisan stok untuk makanan sejuk beku bagi produk seperti sosej, nuget dan bebola daging.
Perkara itu tular di TikTok apabila seorang pengguna dikenali sebagai DonNa berkongsi keadaan peti sejuk beku di sebuah pasar raya yang hampir kosong.
Baca juga: Putera Mateen & Anisha Dedah Wajah Puteri Sulung, Nama Zahra Mariam Bolkiah Jadi Pilihan.. Comelnya!
MAKANAN SEJUK BEKU ‘SOLD OUT’, PENANGAN SARA MEMANG WOW

Difahamkan, penerima SARA berusia 18 tahun ke atas mengambil peluang menggunakan peruntukan RM100 yang dikreditkan ke MyKad masing-masing untuk mendapatkan barangan tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai menyambut baik keputusan berkenaan. Seorang pengguna, Nur Aisyah, berkata langkah itu memberi kelegaan kepada golongan B40 kerana makanan sejuk beku lebih praktikal dan boleh disimpan lama.
“Sebelum ini saya banyak beli ayam atau ikan segar. Sekarang bila sosej dan nuget dah boleh guna SARA, terus ambil stok sikit. Anak-anak pun memang gemar, jadi mudah nak sediakan makanan,” ujarnya.
Seorang lagi pengguna, @matchalahh, turut berkongsi pengalaman melihat situasi sama di sebuah pasar raya terkenal apabila kebanyakan peti sejuk beku didapati kosong dan orang ramai memenuhi ruang berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa syukur kerana dapat membeli barangan yang sebelum ini jarang dibeli.

“Serius memang ok SARA ni, cream cheese yang mahal semua boleh guna kot. Cream cheese pun boleh, butter aku beli golden churn weh semalam. Memang berbaloi, dengan sosej mini tu. Kalau guna duit sendiri 10 kali fikir nak amik,” tulis Sofy.
Rata-rata netizen memaklumkan pembelian tersebut juga dibuat sebagai persiapan awal menjelang Tahun Baharu Cina dan Ramadan. Makanan sejuk beku dianggap pilihan mudah, khususnya untuk hidangan sahur ketika bulan puasa.
Menurut seorang pengguna bernama Asyikin, masyarakat Cina dilihat membuat persediaan untuk sambutan perayaan, manakala keluarga Melayu pula mula menyimpan stok bagi Ramadan.
“Nuget dan sosej memang lauk ringkas waktu sahur. Ibu tak pening, anak-anak pun selera,” katanya.
Baca juga: Harga Terkini Kos Bersalin Di Hospital Kerajaan Dari Kelas 1 Hingga Kelas 3, ‘Save’ Untuk Rujukan!
Sumber: TikTok Donnaling96
