Makanan frozen (beku) merupakan trend sangat popular dalam kalangan isteri yang bekerja. Hal ini kerana, ia sangat mudah disediakan iaitu dengan memanaskannya semula tanpa perlu memasak lama di dapur.
Bahkan, trend ini juga menjadi ikutan para suri rumah kerana ia menjimatkan masa dan boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak dan suami ketika di rumah.
Baca juga: Puding Ocean Blue, Pencuci Mulut Menarik & Unik Bila Makan Macam Berada Di Dasar Laut!
MAKANAN FROZEN GUNA ALUMINIUM TAHAN LAMA

Gambar: Antara makanan frozen yang disediakan Nuratira Farahin Jailani.
Selain itu, makanan frozen juga boleh bertahan lama sehingga 6 bulan jika anda mempraktikkan proses penyimpanan yang betul.
Melalui perkongsian Puan Nuratira Farahin Jailani, dia menggunakan aluminium untuk menyimpan lauk sejuk beku berbanding bekas biasa, yang menurutnya lebih bagus.
Namun, ketika ingin memanaskan semula makanan frozen terdapat satu langkah yang perlu anda lakukan. Kalau nak tahu, mari baca sampai habis!
Baca juga: Resipi Sambal Asam Rong Guna Biji Getah, Ramai Tak Sangka Boleh Makan!
Siap lauk frozen saya untuk minggu ini. Petang tadi beli lauk dekat pasar malam, balik terus masak.
Walaupun saya ini suri rumah sepenuh masa tapi jenis malas nak masak hari-hari. Nak pula ada anak kecil 3 orang nak diuruskan, itu yang tak sempat masak.
Senang bila ada lauk frozen ini. Bila lapar panaskan sahaja lauknya. Mudah kan?
Tips untuk lauk frozen:
- Masak seperti biasa lauk itu semua dan bekukan lauk yang baru siap dimasak.
- Frozen di sini bukan maksudnya lauk tak habis dan disimpan ya, sebab memang akan lari rasa lauk itu.
- Apabila dah defrost (nyahbeku), tak boleh dibekukan lagi sebab boleh mengundang bakteria.
- Masak dan bahagikan dalam bekas untuk sekali makan sahaja.
- Tutup bekas bila makanan dah betul-betul sejuk dan bekukan dalam peti.
- Boleh bertahan sehingga 6 bulan kalau betul cara penyimpanan.
Baca juga: [VIDEO] DIY Sabun Pencuci Pinggan Guna Limau Kasturi, Dapat 12 Liter & Jimat Bertahun!
Baca juga: Teknik Terbaik Merebus Guna Dapur Gas Paling Cepat & Jimat, Tak Sampai Sejam Dah Empuk!

Gambar: Antara makanan frozen yang disediakan Nuratira Farahin Jailani.
Cara Nuratira panaskan lauk frozen:
- Nyahbekukan lauk.
- Pindahkan lauk ke dalam mangkuk atau pinggan yang boleh dipanaskan.
- Kemudian, masukkan ke dalam microwave (gelombang mikro) dalam 3 hingga ke 5 minit.
- Jika tiada microwave guna kaedah kukus sebab takkan berubah rasa, yang sebaliknya apabila ia digoreng atau masak semula dalam kuali.
Nota penting!
Ikutkan tak boleh guna aluminium dalam microwave ya, tapi untuk penyimpanan tahan lama memang guna foil ini paling elok.
Baca juga: Resipi Shell Tart Hanya Pakai 4 Bahan, Boleh Buat ‘Side Income’ Sampai Jana Ribuan Ringgit Seminggu!
Sumber: Nuratira Farahin Jailani
FT Image: Nuratira Farahin Jailani
