Euforia Bola 2026
Famili

Orang Ramai Boleh Kena Penjara & Denda Berat Kalau Main Mercun Tanpa Kebenaran

main mercun

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak main mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku sehingga boleh mengancam nyawa.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, aktiviti bermain mercun itu boleh mengakibatkan kecederaan serius, kebakaran serta gangguan ketenteraman awam.

Baca juga: Tangan Murid Cedera Akibat Tertusuk Besi Karat Tangga Sekolah, JPN Diminta Buat Siasatan Lanjut

MAIN MERCUN TANPA KEBENARAN BOLEH KENA PENJARA & DENDA

MAIN MERCUN

Berita Harian

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak main mercun tanpa kebenaran kerana itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda berat,” jelasnya.

Beliau turut menambah bahawa sepanjang tahun ini, terdapat dua kes kecederaan akibat bermain mercun membabitkan dua kanak-kanak di Kedah dan Kelantan.

Di Kedah, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mengalami kecederaan pada tangan dan muka selepas mercun bola yang dinyalakannya meletup sebelum sempat dibaling.

Di Kelantan pula, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun putus tiga jari selepas mercun buatan sendiri yang digunakan meletup secara tiba-tiba.

“Kami bimbang kejadian seperti ini akan terus berulang, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Orang ramai, khususnya ibu bapa, perlu memantau aktiviti anak-anak dan menasihati mereka supaya tidak bermain mercun,” nasihatnya.

Selain berlaku kecederaan, letupan mercun juga akan menyebabkan kebakaran rumah, kenderaan serta kawasan belukar seperti yang berlaku sebelumini.

PDRM dan agensi keselamatan akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya bermain mercun.

“Kempen kesedaran perlu dianjurkan pada peringkat sekolah, masjid dan media sosial bagi menyampaikan mesej mengenai bahaya bermain mercun,” katanya.

Jadi, orang ramai diminta meraikan perayaan dengan cara lebih selamat seperti menghadiri pertunjukan cahaya, permainan tradisional atau mengadakan majlis keluarga tanpa mercun.

Baca juga: Menteri Komunikasi Minta Cikgu Jangan Jadikan Anak Murid Sebagai Konten Di Media Sosial

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×