Euforia Bola 2026
Didik

Lukisan Ibarat Pelukis ‘Pro’ Jepun! Dulu Anak ADHD & Autisme, Kini Normal…Ibu Kongsi Rahsia Perubahan Positif

lukisan anak istimewa

Siapa cakap bahawa anak istimewa yang ada autisme atau ADHD tidak berbakat? Tular koleksi lukisan anak istimewa di laman media sosial apabila berjaya melukisa kartun animasi seperti pelukis profesional!

Bakat sebegini perlu diperluaskan kerana mungkin suatu hari nanti akan berjaya menjadi pelukis antarabangsa dan popular di Jepun atau Amerika Syarikat.

Baca juga: “Rupanya Aku Autistik”- Wanita Kongsi Perjalanan Disahkan Autism Dewasa Yang Tak Nampak Pada Luaran

LUKISAN ANAK ISTIMEWA SANGAT LUAR BIASAN, HASILKAN IMEJ MACAM KOMIK JEPUN!

lukisan anak istimewa

Foto: Hasil lukisan Luth.

Pada usia 13 tahun, Luth Harith yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik, telah melalui perjalanan hidup yang luar biasa. Pernah didiagnosis dengan autism dan ADHD, kehidupannya suatu ketika dahulu penuh cabaran seperti sukar untuk fokus, mudah gelisah, dan sukar duduk diam seperti kanak-kanak lain.

Namun, berkat usaha dan kesabaran ibunya, keadaan Luth kini berubah sepenuhnya.

“Alhamdulillah, sekarang dia sudah normal macam budak-budak lain,” kata ibunya dengan nada penuh syukur.

Salah satu rahsia yang membantu Luth mengawal diri dan menjadi lebih tenang adalah terapi senyap melalui seni. Minat melukis bukan sekadar hobi, tetapi juga medium yang membantunya duduk diam dan fokus. Setiap hari, Luth akan menghasilkan lukisan, kebanyakannya diinspirasikan daripada gambar yang disimpannya dari TikTok atau Google.

Daripada garisan kasar di awalnya, kini lukisannya semakin kemas dan penuh perincian, seakan mencerminkan perkembangan emosi dan fokusnya yang semakin baik.

“Melukis ini ibarat zon selamat dia,” ujar ibunya lagi.

lukisan anak istimewa

Foto: Hasil lukisan Luth.

Perjalanan Luth menjadi bukti bahawa dengan sokongan keluarga, bimbingan yang betul, dan saluran kreativiti yang sesuai, kanak-kanak istimewa mampu berkembang hingga mencapai potensi penuh mereka.

Baca juga: 15 Senarai Tadika/Pusat Terapi Seluruh Malaysia Untuk Anak Autisme & Keperluan Khas

Sumber: Nazariah Nazri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×