Euforia Bola 2026
Didik

Disiplin Pelajar Teruk Jangan Tunding Jari Pada Pendidik, Kaunselor Dedah 5 Punca Datangnya Dari Luar Pagar Sekolah

luar pagar sekolah

Kes salah laku seksual melibatkan pelajar sekolah di Melaka baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Sampai ada yang menuding jari kepada pihak sekolah, seolah-olah semua kesalahan berpunca dari sana. Namun bagi seorang guru kaunseling, Abdul Muiez, hakikat sebenar jauh lebih besar daripada itu yang sebenarnya bermula dari luar pagar sekolah.

Menurut beliau, walaupun pihak sekolah sudah jalankan pelbagai program pencegahan dan intervensi, masalah tetap wujud kerana punca sebenar datang dari rumah, rakan sebaya, telefon pintar dan pendedahan media.

Baca juga: Kes Pelajar Rog*l Cetus Luahan Ramai Guru, Serik Nak Mendidik & Kini Pilih ‘Selamatkan Periuk Sendiri’

5 PUNCA DARI LUAR PAGAR SEKOLAH PENGARUH PELAJAR KINI

luar pagar sekolah

Gambar: Seorang inspektor PDRM yang dijemput khas untuk memberi ceramah kepada pelajar di sekolah tempat Abdul Muiez bertugas.

1. Telefon pintar jadi punca utama

Menurut Abdul Muiez, telefon pintar kini menjadi pintu masuk kepada banyak gejala sosial remaja. Walaupun banyak laman web lucah disekat, masih banyak saluran lain yang boleh diakses dengan mudah.

“Budak-budak sekarang pandai. Hanya install aplikasi tertentu, dah boleh buka laman web yang disekat. Dulu mak ayah risau anak keluar malam, sekarang siapa yang tahu apa mereka buat dalam bilik?” katanya.

Tambahnya lagi, ramai remaja kini terjebak dengan video call tidak senonoh, bermula dengan permintaan kecil seperti buka tudung, kemudian berlarutan ke arah lebih serius seperti phone sex tanpa pengetahuan ibu bapa.

2. Pengaruh kawan-kawan

Kawan-kawan turut memainkan peranan besar dalam membentuk tingkah laku pelajar. Bahasa kasar dan lucah sudah menjadi kebiasaan dalam perbualan harian, termasuk ketika bermain permainan dalam talian.

“Kalau masa anak main game, kawan-kawan mencarut atau cakap benda tak senonoh, siapa yang tegur? Dari perkataan, akhirnya mereka jadi ingin tahu dan mula cari sendiri di Google,” ujarnya.

3. Filem dan media digital

Walaupun ibu bapa sudah menetapkan had tontonan di platform layanan streaming video, anak-anak tetap boleh mengakses bahan terlarang melalui aplikasi pesan instan atau laman web lain.

“Mak ayah sangka dah kawal, tapi anak-anak lebih bijak dari kita. Ini zaman mereka. Kalau kita tak kejar teknologi, memang kena kelentonglah,” katanya mengingatkan ibu bapa supaya peka dengan cara anak mereka guna gajet.

luar pagar sekolah

Gambar: Antara slide nota yang disediakan Abdul Muiez sewaktu memberi ceramah awal remaja dan seksual kepada pelajar sekolah menengah.

4. Pendedahan awal kepada bahan lucah

Abdul Muiez menjelaskan, bahan lucah kini terlalu mudah dijumpai, sama ada melalui iklan, media sosial atau video pendek di media sosial.

“Buka saja laman web, keluar iklan pakaian dalam. Tengok YouTube, ada video peluk-peluk. Anak-anak kita tengok semua ni setiap hari, takkan tak terpengaruh?” katanya.

Katanya lagi, budaya ‘sweet couple’ dalam kalangan pelajar sekolah kini semakin normal dan sering diraikan oleh rakan sebaya melalui media sosial.

5. Peranan ibu bapa

Paling utama, kata Abdul Muiez, tanggungjawab memantau anak-anak perlu bermula di rumah. “Siapa yang selalu cek telefon anak? Cek WhatsApp? Cek folder gambar? Kalau tak pernah, itu masalahnya,” tegasnya.

Beliau menegaskan, bila anak masih bersekolah, tiada istilah “privasi mutlak”. Selagi ibu bapa yang membiayai mereka, ibu bapa berhak tahu apa yang anak lakukan di telefon.

“Kalau anak sekolah dah bercium, ambil gambar bukan-bukan. Jangan diam. Ambil tindakan tegas. Ini bukan soal hak peribadi, tapi soal akhlak,” katanya.

Kesimpulan

Beliau menegaskan bahawa sekolah dan ibu bapa perlu bekerjasama dalam membendung isu ini. Menuding jari tidak akan menyelesaikan apa-apa.

“Kalau asyik salah menyalah, masalah takkan selesai. Sekolah salahkan mak ayah, mak ayah salahkan sekolah. Tapi hakikatnya, semuanya bermula di luar pagar sekolah,” ujarnya.

Baca juga: Bakal Mentua Batal Nikah Lepas Tahu Pemuda Ini Peniaga Pasar Malam, Siap Hina “Kerja Kau Tak Ada Pencen!”

Sumber: Abdul Muiez

Ft Image: Polis Daerah Petaling Jaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×