Euforia Bola 2026
Famili

“Doakan Semua Dipermudah…” Lisa Surihani Berangkat Tunaikan Haji, Mohon Maaf & Titip Doa Buat Keluarga

IBADAH HAJI

Pelakon terkenal, Datin Lisa Surihani menyentuh hati ramai apabila berkongsi khabar bakal berangkat menunaikan ibadah haji menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian penuh sebak itu, Lisa meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang menyahut panggilan suci untuk menunaikan rukun Islam kelima, selain memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan ibadahnya dipermudahkan.

Baca juga: Trend ‘Teka’ Jantina Bayi Guna Kalendar Cina Kembali Popular, Nak Tahu Baby Boy Atau Girl Boleh Cuba!

LISA SURIHANI BAKAL TUNAI IBADAH HAJI

IBADAH HAJI

Menurut Lisa, perjalanan tersebut amat bermakna buat dirinya dan dia berharap dapat melaksanakan ibadah haji sebaik mungkin sepanjang berada di Tanah Suci.

“Sebelum melangkah pergi, saya dengan tulus ikhlas menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala kesilapan, tutur kata atau perbuatan yang mungkin pernah mengguris hati sama ada sengaja mahupun tidak,” tulisnya.

Dalam masa sama, Lisa turut menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat yang banyak membantu menyediakan pelbagai kelengkapan dan buah tangan bagi memudahkan urusannya sepanjang berada di Mekah nanti.

Katanya lagi, dia amat bersyukur dikurniakan insan-insan baik yang sentiasa berada di sisi dan tidak putus-putus memberikan sokongan serta doa.

Perkongsian tersebut turut memperlihatkan sisi kasih sayangnya terhadap keluarga apabila dia menyerahkan sepenuhnya insan tersayang di bawah jagaan Allah SWT sepanjang keberadaannya di Tanah Suci.

IBADAH HAJI

“Hati saya juga diselubungi rasa syukur yang tidak terhingga buat insan-insan mulia yang sangat pemurah memberi pelbagai kelengkapan dan buah tangan bagi memudahkan urusan ibadah saya di sana.

“Dalam menyahut panggilan suci ini, saya menyerahkan keluarga tersayang sepenuhnya di bawah jagaan dan perlindungan Allah SWT, sebaik-baik Penjaga,” katanya lagi.

Di akhir perkongsian, Lisa turut menitipkan doa agar dirinya serta seluruh jemaah haji dikurniakan haji yang mabrur dan pulang dengan jiwa yang diperbaharui.

Perkongsiannya itu menerima ribuan tanda suka serta doa daripada para pengikut dan rakan selebriti yang rata-ratanya mendoakan agar segala urusan Lisa dipermudahkan serta dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah haji.

“Labbayk Allahumma Labbayk,” tulisnya mengakhiri perkongsian penuh makna tersebut.

Baca juga: Pemuda Maut ‘Melayang’ Dirempuh SUV Tak Sempat Konvo, Arwah Disenangi Pensyarah & Rakan-Rakan

Sumber: Instagram Lisa Surihani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×