Media tempatan melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas dalam kolam renang di sebuah inap desa yang terletak di Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada hari Rabu.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk menerima rawatan.
Baca juga: Kes Cerai Boleh Selesai Dalam Masa Sehari, Ini Maksud & Syarat Permohonan Untuk ‘Fast Track’
BUDAK 3 TAHUN LEMAS DALAM KOLAM RENANG INAP DESA

Freepik (Sekadar gambar hiasan)
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, siasatan mendapati bapa mangsa berusia 46 tahun membawa tiga anak termasuk kanak-kanak itu ke inap desa berkenaan.
Si bapa membawa anaknya untuk bertemu kenalannya yang datang dari Kuala Lumpur. Difahamkan, ibu mangsa yang sedang bekerja sebagai operator kilang tidak dapat ikut bersama.
“Kira-kira jam 10.15 malam, rakannya menyedari kanak-kanak terbabit tiada dalam bilik sebelum mereka bergegas mencari mangsa.
“Mangsa yang juga anak bongsu ditemukan terapung di kolam mandi inap desa itu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” jelasnya.
Hasil laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada lemas dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Baca juga: [FOTO] Tun Abdullah Ahmad Badawi Dalam Kenangan, Pemimpin Kesayangan Ramai…
Sumber: Berita Harian Online
