Seorang lelaki OKU penglihatan menjadi inspirasi ramai selepas kisahnya menikmati keindahan hidup tular di media sosial.
Razlan, lelaki yang kehilangan penglihatan ini, mengajar kita bahawa cara ‘melihat’ dunia tidak semestinya melalui mata, tetapi melalui hati yang mampu menghargai bunyi, bau, angin dan kasih sayang.
LELAKI OKU PENGLIHATAN

TikTok @mrranggapnnadia
Menikmati kehidupan dengan rakam bunyi sekeliling dalam telefon
Kisah ini dikongsikan oleh isterinya, Nadia, menerusi akaun TikTok yang memaparkan bagaimana Razlan menikmati setiap detik kehidupan, terutama ketika menaiki kereta api dengan merakam bunyi sekeliling ke dalam telefonnya.
Bagi Razlan, pergerakan kereta api, deruan angin, suara penumpang dan haruman dari stesen yang disinggahi cukup untuk ‘melihat’ dunia dengan cara tersendiri.
Tiada penglihatan, tapi ada semangat dan memanfaatkan teknologi
Lebih menyentuh hati, Razlan turut menggunakan aplikasi Be My Eyes, iaitu teknologi bantuan untuk OKU penglihatan.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mendapatkan penerangan secara audio daripada sukarelawan yang membantu menjelaskan maklumat visual yang ditangkap menerusi kamera telefon.
Dalam satu video, Razlan dilihat mendengar penerangan dari aplikasi tersebut sewaktu bercuti ke Thailand. Difahamkan, ia merupakan percutian yang dirancang sendiri olehnya walaupun kekurangan fizikal.
Isterinya hanya menurut rancangan yang disusun dengan penuh semangat dan rasa ingin tahu yang tinggi oleh Razlan.
“Semangat dia untuk explore dan curiosity dia yang tinggi itu buat saya respect dan kagum dengan dia. Moga Allah sentiasa lindungi you,” kata Nadia.
Inspirasi buat ramai, nikmatilah hidup dengan apa yang ada

TikTok @mrranggapnnadia
Kisah Razlan dan Nadia ternyata menyentuh hati warga maya. Ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah, rasa kagum dan doa-doa baik buat pasangan ini.
Ramai yang mengaku menitiskan air mata, ada yang belajar untuk lebih bersyukur, malah tidak kurang juga yang terinspirasi untuk terus kuat menghadapi ujian hidup.
“Video ini buatkan saya terus bersyukur dengan apa Allah SWT beri kepada saya.
“Allahuakbar, dia sangat menikmati hidup dia sebaiknya. Tanda hamba yang bersyukur walaupun kekurangan,” antara komen yang ditinggalkan warga maya.
Dalam dunia yang sibuk mengejar kesempurnaan, kisah Razlan mengingatkan kita bahawa kekurangan bukan penghalang untuk bahagia.
Apa yang penting ialah hati yang mampu menikmati perkara-perkara kecil dalam hidup seperti suara, bau, sentuhan dan kehadiran orang tersayang di sisi.
Kadang-kadang, kita tak perlukan mata untuk melihat keindahan dunia. Kita hanya perlu rasa syukur dan seseorang yang sudi berjalan bersama.
@mrranggapnnadia Saya edit video ini dengan perasaan sebak yang bangga 🥹🥹 Dia sangat berdikari orangnya. Explore dengan cara sendiri. Itinerary kami di Thailand, suami yang research dan rancang. Saya follow aja🥹 Thanks for everything sayang🌹 #mrranggapnnadia #raiseawarenessfortheblind #explorethailand #relationshipgoals #okupenglihatan
Baca juga: Semangat Tinggi Murid PPKI Ini Masuk Pakaian Beragam, Buat Ramai Sebak & Puji “Cantiknya Adik”
Sumber: TikTok @mrranggapnnadia
FT Image: TikTok @mrranggapnnadia
