Euforia Bola 2026
Famili

Lelaki Cuci 30 Surau Sempena 30 Hari Ramadan Terima Pujian Netizen, Ini Barulah ‘Hero’!

surau awam

Surau awam merupakan salah satu kemudahan yang wajib ada di mana-mana sahaja lokasi di dalam Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam. Kemudahan surau ini kebiasaannya tersedia di kawasan tumpuan ramai seperti stesen minyak, pusat beli-belah dan kawasan rehat lebuhraya.

Oleh kerana sering digunakan orang ramai untuk menunaikan solat, ada surau yang kurang penjagaannya menyebabkan kurang keselesaan untuk beribadah. Jadi, sempena bulan Ramadan kali ini ada seorang hamba Allah mengambil tugas untuk membersihkan surau!

Baca juga: Cara Paling Berkesan Halau Lipan ‘Berkampung’ Dalam Bilik Air, Sekali Buat Dah Lari!

LELAKI INI BERSIHKAN 30 SURAU AWAM SELAMA 30 HARI RAMADAN

surau awam

Terbaharu tular di laman media sosial Tiktok, seorang pempengaruh dikenali sebagai Rusyidi yang sering membuat ‘review’ surau di pusat beli belah, kedai makan dan sebagainya telah mengambil inisiatif untuk membuat aktiviti amal iaitu membersihkan sebanyak 30 surau sempena 30 hari bulan Ramadan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Rusydi, antara surau yang akan dibersihkannya seperti yang berada di stesen minyak atau mana-mana surau awam. Katanya sebelum ini, berdasarkan beberapa review yang telah dilakukan kebanyakan surau di tempat awam memiliki kebersihan yang kurang memuaskan.

Bukan itu sahaja, mana-mana individu yang berminat untuk bekerjasama dengannya dalam misi tersebut juga dialu-alukan untuk menghubunginya menerusi laman Tiktok tersebut.

Jadi, bermula hari pertama puasa iaitu pada 2 Mac, Rusydi telah memulakan misinya dengan membersihkan surau di sebuah stesen minyak di Nilai, Negeri Sembilan. Menerusi video berkenaan, kelihatan Rusydi menunjukkan keadaan surau kurang memuaskan serta memerlukan kerja pembersihan dengan kadar segera.

Kata Rusydi, kesemua barang yang digunakan untuk membersihkan surau berkenaan seperti sabun, berus dan sebagainya adalah miliknya sendiri kecuali air.

“Kecuali air, saya telah minta izin terlebih dahulu untuk gunakan. Alhamdulillah, supervisor sini sambut usaha saya dengan sangat baik,” ujarnya.

Jelas Rusydi lagi proses untuk membersihkan surau terbabit memerlukan masa sekitar satu hingga dua jam. Tambahnya lagi, dia mula melakukan kerja pembersihan itu pada awal pagi agar ia tidak mengganggu orang ramai untuk menggunakannya di waktu Zohor.

Bagi mengelakkan sebarang spekulasi, dia juga memaklumkan kerja pembersihan surau yang dilakukan itu tidak dibayar oleh mana-mana pihak sebaliknya hanya usaha sendiri.

Harapan saya agar usaha kecil saya dapat beri manfaat kepada semua,” katanya.

Sewaktu dia sibuk membersihkan surau berkenaan, kelihatan ada staf stesen minyak yang datang untuk meninjau keadaan kemudahan itu. Rusydi turut membasuh segala barangan yang ada seperti karpet di bahagian wuduk, lipas dan menyembur pewangi pada sejadah dan menyusunnya semula.

NETIZEN PUJI DAN MAHU HULURKAN SUMBANGAN BARANG KELENGKAPAN

@rusydi.official Cleaner surau 🇲🇾 #reviewsurau #30hari30surau ♬ original sound – 𝙍𝙪𝙨𝙮𝙙𝙞 𝙍𝙤𝙨𝙡𝙞

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang memuji usaha murni Rusydi melakukan kerja pembersihan dalam memberikan keselesaan kepada orang ramai untuk menggunakan surau dengan membuat pembersihan.

Malah ada juga yang ingin memberikan sumbangan untuk terus menyokong usaha Rusydi membuat aktiviti pembersihan di surau lain termasuklah pasar raya terkenal iaitu Mydin. Bukan itu sahaja, ada yang menitipkan pesan kepada Rusydi untuk menjaga kesihatan diri semasa berpuasa dan membersihkan surau tersebut supaya tidak terlampau penat.

*Sejuk hati dan besar ganjaran pahalanya. Diharapkan lebih ramai dalam kalangan kita yang cakna tentang kebersihan surau awam supaya selesa untuk digunakan ramai. 

Baca juga: DIY Pewangi Tandas Ala Hotel Guna 4 Bahan Dapur, Ucapkan ‘Bye-Bye’ Pada Bau Hancing!

Sumber: Tiktok @rusydi.official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×