Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Ada Situasi Isteri Dibenarkan Keluar Rumah Tanpa Izin Suami – Ustaz Azhar Idrus

LARI DARI RUMAH

Isu isteri lari dari rumah tanpa izin suami sering menjadi perbincangan dalam masyarakat. Ada yang berpendapat apa sahaja keadaan sekalipun, isteri tetap tidak boleh melangkah keluar tanpa kebenaran.

Namun menurut penjelasan Ustaz Azhar Idrus, perkara ini perlu difahami dengan lebih jelas kerana hukum berubah bergantung kepada keadaan yang dihadapi.

Baca juga: Untung Dapat Kakak Ipar ‘Syurga’ Macam Ini, Siap Ajar Suami Cara Pujuk Isteri Bila Tengah Merajuk!

UAI JELAS HUKUM ISTERI LARI DARI RUMAH TANPA IZIN

LARI DARI RUMAH

Freepik

Dalam satu sesi soal jawab menerusi ceramah yang diberikan, beliau ditanya mengenai situasi seorang suami yang mengurung isteri, tidak memberi makan dan memukulnya sekali sekala.

“Kalau suami kurung isteri, pukul, tak bagi makan, isteri niat nak lari tanpa izin suami. Berdosa tak?” tanya tetamu yang hadir.

Ustaz Azhar menjelaskan bahawa perempuan tidak boleh keluar rumah sesuka hati tanpa izin suami. Namun larangan itu tidak terpakai dalam keadaan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada dirinya.

Beliau menegaskan bahawa terdapat beberapa keadaan dimana isteri dibenarkan meninggalkan rumah tanpa meminta izin, antaranya pabila suami tidak menyediakan makan dan keperluan asas, mencederakan, memukul atau menganiaya dan membiarkan steri berada dalam keadaan terancam dan sehingga perlu menyelamatkan diri.

LARI DARI RUMAH

“Orang perempuan boleh lari daripada rumah bukan semua kes. Antara kes isteri boleh lari rumah adalah tidak beri makan atau dicederakan/dipukul oleh suami,” jelasnya.

Menurut UAI, makan adalah keperluan utama. Sekiranya suami gagal menyediakan perkara asas itu dan pada masa sama berkelakuan kasar, isteri dibenarkan mencari keselamatan tanpa perlu meminta persetujuan suami.

Tambahnya lagi, jika isteri keluar untuk menyelamatkan diri daripada mudarat, dia tidak dikira berdosa. Namun selepas suami kembali waras, berubah atau keadaan sudah selamat, barulah isteri boleh kembali ke rumah.

Penjelasan ini menunjukkan bahawa Islam tidak membenarkan seorang isteri berada dalam situasi yang mengancam keselamatan diri. Prinsipnya mudah: selamatkan diri dahulu apabila berlaku kemudaratan dan kembalilah apabila keadaan sudah baik.

Baca juga: 53,245 Pasangan Islam Bercerai Tahun 2025.. Selangor, Johor & Kedah Rekod Paling Ramai

Sumber: Youtube

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×