Euforia Bola 2026
Famili

Arab Saudi Larang Beri Makan Burung Merpati Di Mekah & Madinah, Denda 1,000 Riyal Dikenakan

BURUNG MERPATI

Sekretariat Ibu Kota Suci Arab Saudi mengumumkan pelaksanaan langkah tegas bagi melindungi kesihatan awam dan kebersihan persekitaran bandar, termasuk larangan memberi makan burung merpati di Mekah dan Madinah.

Menurut kenyataan rasmi, individu yang didapati melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda sebanyak 1,000 Riyal Saudi (kira-kira RM1,300).

Baca juga: Penduduk Taiping Cemas Air Tiba-Tiba Naik Sampai Dada, Ramai Bergelut Selamatkan Diri Dalam Gelap

DENDA 1000 RIYAL KALAU BERI MAKAN BURUNG MERPATI DI TANAH SUCI

BURUNG MERPATI

Freepik

Tindakan ini diambil bagi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara di dua kota paling suci umat Islam itu.

Pihak berkuasa turut menjalankan pemantauan berterusan bagi menguatkuasakan larangan tersebut, selain menggalakkan penduduk tempatan serta para jemaah untuk melaporkan sebarang pelanggaran kepada pihak berwajib.

Orang ramai dibenarkan mengambil gambar individu yang memberi makan burung merpati dan menyerahkan bukti kepada pihak polis tempatan bagi membantu penguatkuasaan.

Langkah ini diambil selepas pihak berkuasa mendapati aktiviti memberi makan burung merpati berpotensi menyebabkan penularan penyakit, kerosakan harta benda, serta pencemaran alam sekitar.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan kualiti bandar dan tahap kesihatan awam di Mekah serta Madinah yang menerima jutaan jemaah setiap tahun.

Sebelum ini, beberapa peraturan lain turut diperkenalkan termasuk pengawalan peniaga jalanan, pengurusan sisa, serta tatakelakuan di kawasan awam bagi mengekalkan kesucian dan kebersihan kota suci berkenaan.

Larangan ini turut memberi tumpuan utama di kawasan sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, lokasi yang sering menjadi tumpuan kumpulan burung merpati disebabkan pemberian makanan oleh orang ramai.

Baca juga: Hasrat Keluar Beli Susu Bertukar Tragedi, Bayi 11 Bulan Maut Lepas Kereta Langgar Lembu

Sumber: The Islamic Information

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×