Euforia Bola 2026
Sihat

40 Orang Cedera Terkena Sengatan Obor-Obor Di Teluk Senangin, Ini 5 Tindakan PALING PANTAS Untuk Rawat!

sengatan obor-obor

Dalam kejadian terbaru yang mengejutkan, seramai 40 peserta acara renang laut di Pantai Teluk Senangin, Perak, dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat sengatan obor-obor.

Acara yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar menjadi kecemasan apabila peserta mengadu kesakitan selepas bersentuhan dengan makhluk laut itu.

Baca juga: Patutlah Haid ‘Sangkut’ & Tak Berjaya TTC, Antara 9 Malam Hingga 1 Pagi Ini Waktu Ideal Patut Tidur!

LANGKAH AWAL BILA TERKENA SENGATAN OBOR-OBOR

sengatan obor-obor

Gambar: pvproductions

Melalui perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM), sengatan obor-obor bukan sekadar menyakitkan, malah dalam kes tertentu boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul.

Bahaya sengatan obor-obor

Obor-obor kelihatan lembut dan tidak berbahaya, tetapi sebenarnya ia mempunyai tentakel yang mengandungi sel penyengat (nematocyst). Bila tersentuh, sel ini boleh melepaskan racun yang menyebabkan:

  • Rasa terbakar dan kulit melecur
  • Rasa kebas atau kekejangan otot
  • Sesak nafas

Dalam kes ekstrem, kejutan anafilaksis atau maut.

Baca juga: Mesej Suara Dato’ Sri Siti Nurhaliza Cipta Keajaiban, Lelaki Ini Tunjuk Respon Selepas 5 Hari Koma Di Australia

Langkah kecemasan jika tersengat obor-obor 

Menurut garis panduan Public Health Malaysia, berikut adalah langkah kecemasan yang betul jika anda atau seseorang disengat obor-obor:

  1. Keluar dari air dan tenangkan diri
  2. Jangan gosok kawasan sengatan
  3. Siram dengan cuka putih (5%) selama 30 saat
  4. Buang tentakel dengan penyepit, bukan tangan kosong
  5. Rendam dalam air suam dan dapatkan rawatan segera

Mitor perlu dielakkan

Ada beberapa petua lama yang masih berlegar, tapi sebenarnya boleh memburukkan keadaan:

  • Air kencing
  • Coca-Cola
  • Alkohol

Malaysia sering jadi lokasi percutian pantai, tapi ancaman obor-obor bukan sesuatu yang boleh diambil ringan, lebih-lebih lagi musim panas dan air suam menarik lebih banyak obor-obor ke pesisir.

Sentiasa berwaspada, pantau notis keselamatan pantai dan sediakan kelengkapan asas seperti sebotol cuka putih sebelum masuk ke laut.

Baca juga: Elak Sapu Bedak Talkum Di Kemaluan Bayi, Nampak Tak Bahaya Tapi Risiko Tumbuh Sel Kanser Ovari!

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×