Masih ramai dalam kalangan kita yang belum tahu bahawa terdapat banyak kegunaan cuka untuk pakaian. Antaranya adalah membantu menghilangkan bau masam dan kotoran degil pada baju.
Sekiranya anda masih tidak tahu mengenai kegunaan cuka untuk pakaian, boleh baca perkongsian penuh di bawah ini.
Baca juga: Halau Tikus Guna 7 Bau Paling Dibenci, Tak Payah Guna Perangkap Dah!
KEGUNAAN CUKA UNTUK PAKAIAN, RUGI KALAU TAK TAHU

1. Hilangkan bau masam
Kegunaan cuka untuk pakaian adalah boleh menghilangkan sebarang bau masam. Caranya adalah anda hanya perlu tambahkan 2 cawan cuka ke dalam cucian dan biarkan sehingga mesin basuh selesai berfungsi.
2. Kegunaan cuka untuk pakaian – larutkan sabun
Asid asetik di dalam cuka putih boleh melarutkan sisa (alkali) sabun yang tertinggal di kain. Caranya, anda perlu tambah 1/2 cawan cuka di bahagian dispenser pelembut kain, atau ecara manual pada permulaan kitaran bilas.
3. Putihkan pakaian
Kegunaan cuka untuk pakaian yang selanjutnya adalah boleh membantu memutihkan pakaian kusam. Anda perlu tambahkan 1 cawan cuka ke dalam air dan biarkan sehingga mendidih.
Setelah mendidih, tutup api dan masukkan pakaian. Rendam semalaman kemudian basuh seperti biasa. Pasti pakaian lebih cerah seperti baru beli.
4. Kegunaan cuka untuk pakaian – pelembut fabrik
Seterusnya, cuka juga bertindak sebagai pelembut fabrik semula jadi. Tambahkan 1/2 cawan dalam kitaran bilasan terakhir dan sidai pakaian anda seperti biasa.
5. Bulu kucing/rambut tak melekat
Siapa sangka kegunaan cuka untuk pakaian juga boleh mengelakkan bulu haiwan peliharaan dan rambut melekat pada pakaian. Caranya, tambahkan 1/2 cawan cuka outih pada dispenser pelembut fabrik atau terus ke mesin basuh ketika permulaan kitaran bilas.
Perlu diingatkan agar tidak mencampurkan cuka dengan pelembut kain yang dijual di luar.

6. Kegunaan cuka untuk pakaian – hilangkan bau peluh & kekuningan
Cuka boleh disembur pada pakaian untuk menghilangkan bau peluh dan kotoran. Isi botol semburan dengan cuka putih suling yang tidak dicairkan dan sembur pada kawasan ketiak.
Biarkan sekurang-kurangnya selama 10 minit sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh. Baju anda akan kembali wangi dan bahagian ketiak juga bersih.
7. Lebih mudah untuk diseterika
Kegunaan cuka untuk pakaian yang terakhir sekali adalah pakaian lebih mudah diseterika. Caranya adalah anda perlu semburkan cuka di atas pakaian dan gosok seperti biasa.
Tujuh kegunaan cuka di atas sememangnya masih ramai lagi yang belum tahu. Jadi, anda boleh mencubanya!
Baca juga: Nenek Ajar Cara Kilatkan Sudu Guna 2 Bahan, Berkilat Macam Baru Beli!
Sumber: The Spruce
