Euforia Bola 2026
Famili

“Manis Agak Nazak..”- Kucing Dibelasah & Dicampak Ke Longkang, Wanita Dedah Jiran Dendam Tanpa Sebab!

kucing hilang

Sebuah kisah menyayat hati tular di media sosial apabila seekor kucing indoor bernama Manis menjadi mangsa kekejaman manusia tanpa sebarang alasan munasabah. Disangkakan kucing hilang entah ke mana, rupa-rupanya ditemui dalam keadaan yang tidak sepatutnya!

Pemilik kucing berkenaan, dikenali sebagai @Kak Yong, menceritakan Manis ditemui dalam keadaan lemah tidak bermaya di dalam longkang selepas hilang dari sangkar di rumah. Ketika itu, Kak Yong yang sedang bersiap untuk keluar bekerja mula panik apabila mendapati Manis tiada di tempat biasanya.

Baca juga: 8 Jenis Baka Kucing Termahal Dunia, Harga Hampir Sama Nilai Beli Sebuah Rumah

KUCING HILANG, DITEMUI KENA PUKUL & DISUMBAT DALAM LONGKANG OLEH JIRAN

kucing hilang

Keadaan Manis selepas dijumpai.

Dalam keadaan cemas mencari di sekitar kawasan rumah, Kak Yong  seorang jurusolek (MUA) ternampak jirannya sedang melakukan sesuatu yang mencurigakan di dalam longkang. Lelaki tersebut dilihat seolah-olah sedang memukul sesuatu dan segera beredar apabila menyedari dirinya diperhatikan.

“Saya teruskan mencari, sambil berdoa agar jumpa balik anak bulu saya. Tiba-tiba ternampak jiran sedang jolok sesuatu dalam longkang, mungkin nak sorokkan. Bila dia nampak saya, dia cepat-cepat masuk rumah. Tapi naluri saya kuat rasa sesuatu tak kena,” katanya.

Setelah memeriksa longkang tersebut, Kak Yong terkejut dan luluh hati apabila mendapati Manis terbaring dengan muka berdarah. “Saya menjerit, ‘kau nak bunuh kucing aku ke?!’ Masa tu saya memang tak dapat tahan perasaan,” luahnya.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila dia terlupa menutup sangkar selepas membuka tingkap rumah. Manis, yang biasanya tidak pernah keluar rumah, dipercayai terlepas dan tanpa diduga menjadi sasaran jiran yang sememangnya tidak menyukai kehadiran kucing.

“Sebelum ni pun saya pernah kena marah dengan dia sebab bawa Manis keluar jalan petang. Tapi saya tak sangka sampai sanggup bertindak ganas,” katanya sambil berkongsi video kejadian yang meruntun hati ramai warganet.

MANIS DIKATAKAN AGAK NAZAK…PELAKU DITAHAN!

kucing hilang

Kak Yong terus membawa Manis ke klinik haiwan, dan pemeriksaan awal mendapati kecederaan serius pada bahagian kepala, selain lebam di telinga dan kesan darah di muka.

“Doktor kata kepala dia kena hentak kuat. Ya Allah, saya tak boleh bayangkan kesakitan yang dia tanggung,” katanya lagi. Berdasarkan perkongsian Kak Yong semalam, Manis sudah dimasukkan ke wad dan sedang menjalani rawatan.

Terbaharu, siasatan polis mengesahkan seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun telah ditahan di Taman Yayasan, Segamat jam 12.10 tengah malam semalam selepas laporan polis dibuat oleh Kak Yong. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah memaklumkan bahawa lelaki itu mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana merasa terganggu dengan kehadiran kucing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

*Semoga Manis kuat dan kembali sihat seperti sedia kala ya! 

Baca lagi: Tanda-Tanda Kucing Kesayangan Anda Akan Mati, Selamat Tinggal ‘Si Bulus’…

Sumber: Harian Metro, Kak Yong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×