Euforia Bola 2026
Rakyat

Lelaki Didakwa Aniaya Anak Kucing Di Kajang Cetus Kemarahan Ramai, Netizen Desak Tindakan Tegas!

dera kucing

Isu penganiayaan haiwan sekali lagi mencuri perhatian masyarakat apabila satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dera kucing di media sosial, sekali gus mencetuskan gelombang kemarahan dan rasa sedih dalam kalangan netizen.

Baca juga: Netizen Berang! Video 2 Kanak-Kanak Tendang & Heret Kucing Cetus Kontroversi, Ibu Tampil Mohon Maaf

LELAKI DIDAKWA DERA KUCING, NETIZEN GESA TINDAKAN TEGAS

dera kucing

Foto: Facebook Dunia Kucing Malaysia

Menerusi video itu, lelaki berkenaan didakwa bertindak kasar dengan mencampakkan anak kucing tersebut ke lantai tanpa belas kasihan.

Lebih membimbangkan, dia turut dilihat menyapu minyak angin ke bahagian muka haiwan itu, dipercayai sehingga memasuki saluran pernafasan, sekali gus menyebabkan kecederaan serius.

Berdasarkan rakaman berkenaan, anak kucing itu dilaporkan mengalami pendarahan di bahagian hidung, dipercayai akibat kesan tindakan tersebut.

Keadaan itu mencetuskan rasa simpati dan kemarahan dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Selain video utama, beberapa tangkapan layar yang turut dikongsikan di media sosial menunjukkan anak kucing berkenaan berada dalam keadaan menyedihkan, termasuk didakwa digantung menggunakan manik-manik perhiasan.

Hantaran berkaitan kes ini turut dimuat naik oleh laman Facebook Dunia Kucing Malaysia, yang berkongsi keadaan terkini haiwan berkenaan melalui beberapa tangkapan layar video tular tersebut. Perkongsian itu pantas mendapat perhatian ramai dengan rata-rata pengguna media sosial menggesa agar tindakan segera diambil.

Laporan kepada pihak berkuasa sudah dibuat

dera kucing

Foto: Facebook Dunia Kucing Malaysia

Menurut maklumat awal, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar Kajang. Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk setempat diminta membantu menyalurkan maklumat bagi mengenal pasti serta mengesan individu terbabit.

Difahamkan, laporan berhubung insiden ini telah dibuat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Orang ramai turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas sekiranya dakwaan penganiayaan ini terbukti benar. Dalam pada itu, kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai tahap kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan.

Ramai berpendapat bahawa hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap individu yang melakukan penderaan haiwan sebagai langkah pencegahan.

Baca juga: Kejam! Anak Kucing Mati Dianiaya Tiga Kanak-Kanak, Diseret & Dibiarkan Dalam Bekas Tertutup

Sumber: Facebook Dunia Kucing Malaysia dan Threads @keemyji

FT Images: Facebook Dunia Kucing Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×