Euforia Bola 2026
Famili

Idea Ayah Bagi Anak Main Sayur Kubis Dalam Kereta Api Tarik Perhatian Warganet

kubis bulat

Seorang bapa mendapat perhatian netizen di media sosial apabila melakukan sesuatu yang di luar jangkaan untuk anak kecilnya. Menerusi video tersebut dapat dilihat si ayah memberi sayur kubis bulat kepada anaknya ketika berada di dalam kereta api.

Video tular tersebut berlaku di China dan tujuan memberi kubis bulat adalah untuk memastikan si kecil tidak mengganggu ketenteraman di dalam kereta api berkelajuan tinggi.

Baca juga: Sekitar 2000-3000 Individu Di Selangor Dilaporkan Alami Gangguan Mental

KUBIS BULAT TARIK PERHATIAN SI KECIL DALAM KERETA API

kubis bulat

Bapa menjelaskan dia memberi kubis bulat untuk anaknya guna sepanjang perjalanan supaya tidak bosan. Menerusi video tersebut dapat dilihat, anak perempuannya bersungguh-sungguh menarik setiap lapisan kubis tersebut.

Dia kemudiannya meletakkan semua lapisan kubis tersebut di atas meja yang tersedia di setiap kerusi penumpang. Budak perempuan itu kadangkala bermain kubis tersebut di atas pangkuan ayahnya.

“Kanak-kanak itu aktif bermain kubis untuk mengelakkannya daripada mengganggu orang lain. Budak itu memberi perhatian kepada kubis bulat itu lebih dari sejam,” jelas si perakam.

Destinasi kereta api itu tidak dinyatakan namun apabila tiba di tempat ingin dituju, kanak-kanak comel itu dan bapanya mengutip semula kubis bulat tersebut dan dimasukkan ke dalam plastik sampah.

Video tersebut sudah tentunya dibanjiri komen oleh warganet di mana rata-rata memuji tindakan si ayah. Kanak-kanak itu juga dikatakan tidak cepat bosan dan fokus terhadap sesuatu perkara yang dilakukan.

“Jika kanak-kanak itu boleh mengupas selama sejam, ia menunjukkan dia mempunyai fokus yang kuat. Ramai kanak-kanak akan hilang minat dalam beberapa minit dan mula bermain dengan sesuatu yang lain. Dia mungkin pelajar terbaik pada masa hadapan,” kata netizen.

Baca juga: PLKN 3.0 Dengan Format Baharu Dijangka Bermula Pertengahan Tahun Depan

Sumber: SCMP News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×