Kos kehidupan yang semakin meningkat, menyebabkan ramai memilih untuk menjadikan kediaman mereka sebagai tempat sumber sayur-sayuran harian. Justeru itu, Sirap Limau menyenaraikan 6 jenis sayur-sayuran yang sebenarnya mudah ditanam sendiri, di mana pada mulanya anda rasa susah dan mustahil untuk mereka hidup subur.
Baca juga: Bertahun Tak Beli Luar, Wanita Ini Dedah Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar!
JENIS SAYUR-SAYURAN SERING DIJUAL DI PASARAYA
1. Brokoli

- Waktu menanam: Sepanjang tahun
- Waktu menuai: Mengambil masa sehingga 3 bulan untuk dituai
Kajian mendapati sayuran jenis hardy vegetable ini yang memerlukan suhu rendah, pancaran matahari penuh dan air mencukupi untuk hidup subur boleh ditanam di Malaysia yang bercuaca tropika.
- Tanam semaian biji benih selama 5 hingga 7 minggu (atau sehingga 5 helai daun) sebelum dipindahkan ke batas yang kalis hujan.
- Anda perlu bersabar bagi menantikan brokoli menghasilkan ‘bunga’.
- Tanda kematangan brokoli boleh dilihat pada jambak bunga yang padat dan berwarna hijau iaitu sekitar 70 hingga 80 hari.
2. Bunga kubis

- Waktu menanam: Sepanjang tahun
- Waktu menuai: Tuai apabila bunga kubis sudah matang lebih kurang 3 hingga 4 bulan usia tanaman
Harga bunga kubis di pasaran adalah lebih mahal berbanding sayuran lain, yang boleh menjimatkan kos dapur anda jika menanamnya sendiri di rumah.
- Tanam semaian anak benih dalam bekas semaian atau pasu yang mengambil masa sehingga sebulan lebih sebelum mengeluarkan bunga kubis.
- Lakukan siraman setiap hari bagi mengelakkan tanah kering.
- Selepas hasil bunga kubis dituai (selepas 3-4 bulan), biarkan tanaman induk kerana ia akan mengeluarkan anak pokok pada bahagian batang.
- Anak pokok ini boleh dicantas dan dibiakkan.
3. Bak Choi

- Waktu menanam: Sepanjang tahun
- Waktu menuai: Boleh dituai dalam masa 4 minggu dengan ketinggian 12 hingga 18 inci
Bak Choi yang juga dikenali dengan nama Sawi Cina merupakan tanaman yang mudah dijaga dan boleh dituai dalam tempoh yang singkat. Penanaman menggunakan biji benih di kawasan indoor atau terus pada batas.
Menariknya, ia boleh ditanam di dalam pasu jika kekurangan kawasan tanah yang secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai hiasan meja. Namun, harus mendapat cahaya mencukupi.
Baca juga: Mirip Sangat! Tapi Ini Bezanya Antara Daun Bawang, Lokio & Kucai
Baca juga: Puan Ini Kongsi Tips Jaga BUNGA PETUNIA, Cantik Betul Halaman Rumahnya!
4. Lettuce

- Waktu menanam: Sesuai ditanam sepanjang tahun kerana lettuce tahan kepada cuaca panas
- Waktu menuai: Boleh dituai selepas usia tanaman 8 hingga 10 minggu (tuai keseluruhan salad sekali gus atau bahagian luar lettuce dari masa ke masa kerana ia akan tumbuh yang baharu selepas dipetik).
Lettuce atau salad terdiri daripada beberapa jenis seperti butterhead atau Boston yang memiliki bentuk bulat dan daun berkedut, cos dan semicos yang memiliki daun panjang dan rangup, serta loose leaf yang tidak memiliki jantung dan berbentuk bulat.
- Digalakkan menuai biji benih terus ke tanah kerana ia tidak sesuai dialihkan.
- Penyiraman dilakukan setiap hari bagi mengelakkan tanah kering.
5. Kubis

- Waktu menanam: Tiada waktu tertentu untuk iklim tropika atau tanah rendah
- Waktu menuai: Tuai pada dua hingga tiga bulan usia tanaman
Kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland atau Kundasang merupakan tempat lazim untuk menanam sayur kubis kerana tumbesarannya memerlukan suhu yang rendah dan bagi membentuk bola kubis.
Namun, kubis masih boleh ditanam di tanah rendah dan masih boleh dinikmati dengan enak meskipun memiliki daun terbuka.
- Cara tanaman adalah menggunakan biji benih.
- Ia boleh ditanam dalam pasu mahupun pada batas.
6. Asparagus

- Waktu Menanam: Iklim tropika membenarkan asparagus ditanam pada bila-bila masa
- Waktu menuai: Tuai pada tahun kedua kerana ia semakin matang dan merimbun
Kaya dengan vitamin B, C dan kalsium asparagus boleh menjadikan edible garden anda lebih bervariasi. Diklasifikasikan sebagai tanaman perennial, pucuknya segar boleh dituai hanya selepas 8 bulan.
Disebabkan ia merupakan tanaman perennial, rumpun asparagus boleh membiak dengan banyak apabila mencecah usia 2 tahun dan mampu kekal sehingga 20 tahun.
- Cara tanaman adalah menggunakan biji benih atau kaedah crown iaitu akar bertunas.
- Digalakkan menanam pada batas.
Baca juga: 7 Cara Hapuskan SIPUT BABI, Tanaman Selamat Dari Haiwan Berlendir Ini!
Sumber: Impiana
