Euforia Bola 2026
Asuh

Kronologi Detik Cemas Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Homestay Melaka, Disahkan Meninggal Dunia!

kanak-kanak lemas

Insiden kanak-kanak lemas yang menggemparkan di Melaka akhirnya bertukar duka apabila mangsa yang berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia selepas 16 jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU), Hospital Melaka.

Mangsa sebelum ini dilaporkan tidak sedarkan diri selepas ditemui lemas di kolam renang sebuah rumah inap jenis kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, pada pagi Ahad.

Baca juga: Tular Pelajar Cemerlang Tingkatan 1 Maut Terjatuh Bangunan Asrama & Timbul Dakwaan Arwah Dibuli!

KRONOLOGI KANAK-KANAK LEMAS DI KOLAM HOMESTAY MELAKA

kanak-kanak lemas

Gambar hiasan

Berikut merupakan kronologi kejadian kanak-kanak lemas yang berlaku:

9.45 pagi Ahad

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9.45 pagi. Tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota dihantar ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun telah dikeluarkan dari kolam oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota bomba segera memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR),” katanya menerusi satu kenyataan.

Mangsa dikejarkan ke hospital

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut selepas menerima CPR di lokasi kejadian.

Baca juga: “Kami Bukan Perancang Parti!” Cikgu Meluah Di Media Sosial, Dedah Beban Urus ‘Birthday’ Murid

Petang Ahad

Mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Melaka.

“Ya, mangsa yang belum sedarkan diri sedang menerima rawatan di PICU Hospital Melaka,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem ketika dihubungi pemberita.

Waris keluarga mangsa meminta agar orang ramai turut mendoakan keselamatan kanak-kanak itu.

“Mangsa masih di PICU sedang bergantung kepada bantuan alat pernafasan dan saya memohon orang ramai supaya mendoakan ada keajaiban Allah untuk menyelamatkan mangsa,” ujarnya.

Isnin, awal pagi

Selepas 16 jam bertarung nyawa, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka.

“Doakan cahaya mata kami ditempatkan bersama-sama orang yang beriman… ALLAH lebih sayangkannya,” tulis bapa mangsa dalam kapsyen video TikTok yang dimuat naik.

Difahamkan, jenazah mangsa akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor sebelum dikebumikan.

UPDATE TERKINI MANGSA MASIH HIDUP!

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Kalsom Noordin berkata, mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat menggunakan bantuan mesin pernafasan kerana kehilangan fungsi otak (otak mati).

Katanya, kenyataan bapa mangsa yang sebelum ini memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia mungkin disebabkan rasa trauma dan kecewa dengan tragedi tersebut.

“Mungkin sejak hari pertama (kejadian lemas) bapa dia berasa trauma dan kecewa lalu terlepas cakap (anak sudah meninggal), kita harap tak dipanjangkan lagi isu ini.

“Doktor juga memberitahu anak ini sudah tiada harapan dan bergantung pada bantuan mesin pernafasan kerana otaknya telah mati,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi kanak-kanak tersebut di PICU Hospital Melaka, di sini, hari ini.

Tambahnya, satu prosedur akan dilakukan esok bagi menentukan rawatan dan keputusan terbaik untuk kanak-kanak tersebut.

Mari sama-sama mendoakan agar mangsa diberikan keajaiban kembali pulih dan keluarganya diberi kekuatan.

Baca juga: “Itu Sudah Kira Gila!” Datuk Seri Saifuddin Dedah Bayi 3 Bulan Dirog*l & Video Rakaman Dijual!

Sumber: Sinar Harian / Kosmo / Sinar Harian / KOSMO

FT Image: Ihsan orang ramai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×