Euforia Bola 2026
Dapur

8 Koleksi Resipi Air Asam & Sambal Wajib Cuba, Pedas Sampai ‘Meleleh Hingus’!

resepi air asam

Air asam merupakan hidangan sampingan yang cukup popular dalam masakan Melayu, terutamanya sebagai pencicah daging atau ikan bakar serta ulam-ulaman. Gabungan rasa masam, pedas, dan sedikit manis menjadikan resepi air asam sebagai pelengkap sempurna untuk membangkitkan selera.

Ada pelbagai variasi resipi air asam dari yang klasik hingga yang lebih moden dengan anda boleh cuba sebagai pelengkap menu utama berbuka puasa. Jom tengok apa yang menarik di bawah!

Baca juga: Senarai Bazar Ramadan 2025 Di Lembah Klang, Bau Martabak & Ayam Percik Dah Terbayang-Bayang!

KOLEKSI RESEPI AIR ASAM UNTUK CICAH IKAN BAKAR ATAU ULAM

1.SAMBAL PICIT

resepi air asam

Bahan-bahan:

-Air asam jawa
-Cili api
-Belacan
-Garam
-Gula
-Ajinomoto
-Limau nipis – jika suka:

Cara masak:

1.Satukan semua bahan dan tenyeh-tenyehkan. Jika suka boleh tambah perahan limau nipis.

2.Untuk menikmatinya, masukkan isi ikan pelaling rebus. Nikmati segera.

2. KUAH ASAM KERISIK

resepi air asam

Bahan-bahan:

-Kerisik
-Gram
-Gula
-Perasa
-Limau kasturi – belah dua

Bahan-bahan (HIRIS):

Cili api hijau
-Cili api merah
-Cili masak
-Bawang besar
-Buah tomato

Bahan kisar:

-Bawang besar
-Cili api

Bahan lain:

Air asam jawa
Belacan
(Lenyek & ramas dua bahan ni dengan air)

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian.

2. Masukkan kerisik dan sesuaikan rasa dengan menambahn gula, garam serta perasa. Gula harus dilebihkan sedikit berbanding bahan lain.

3. Masukkan juga limau ksturi yang dibelah 2. Sedia untuk dinikmati.

3.SAMBAL TOMATO

Bahan-bahan:

-3 biji cili masak
-1 biji cili hijau
-10 biji cili api
-5 biji cili api merah
-25 gm belacan
-1 biji buah tomato size besar – kalau kecik guna 2 biji
-3 ulas bawang putih
-1/4 cawan air tapis @ air asam jawa
-2 sudu kecil gula
-1/2 sudu kecil garam
-2 biji perahan air limau kasturi

Cara masak:

1. Ambil tomato dan potong nipis.
2. Tumbuk / kisar semua cili, garam, bawang putih dan belacan serta air. Biar kasar-kasar sedikit.
2. Kemudian masukkan buah tomato dan tumbuk/ kisar lagi. Harus ingat, buah tomato jangan sampai hancur ya. Biar kasar baru lebih terasa.
3. Akhir sekali, perahkan air perahan limau kasturi.

4.SOS LIMAU THAI

Bahan-bahan:

– 1 biji bawang besar
-4 ulas bawang putih
-20 biji cili api
-10 biji cili api merah
-2 biji perahan air limau nipis
-Kulit limau – dipotong dadu
-2 sudu besar sos ikan
-2 sudu besar gula apung/ gula pasir
-1 biji tomato (potong dadu)
-Daun ketumbar

Cara masak:

1. Tumbuk / kisar cili padi dan bawang besar dan bawang putih hingga halus.
2. Kemudian masukkan gula, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Masukkan sedikit air jika perlu. Gaul sebati.

Nota: Sos thai biasanya sedap dimakan dengan kerang/ udang / sotong yang direbus atau grill. Buat kerabu maggi pun sedap.

5.SAMBAL BELACAN SIAM

Bahan-bahan:

– 2 biji cili masak
-20 biji cili api
-10 biji cili api merah siam
-2 inci belacan
-1 sudu kecil gula
-1/2 sudu kecil garam
-1/2 sudu kecil ajinomoto
-Air asam secukupnya
-5 sudu cuka makan
-1/2 biji bawang holland

Cara masak:

1.Kisar kesemua bahan dalam pengisar tapi jangan sampai terlalu hancur.
2.Asamnya agak-agak, bergantung pada nak sambal cair atau sambal pekat. Sebijik rasa sambal kedai tomyam.

6.SAMBAL KICAP CILI LIMAU

Bahan-bahan:

-1 biji cili hijau
-1 biji cili merah
-10 biji cili api
-10 biji cili api merah
-1 labu bawang besar (hiris nipis)
-Air perahan limau
-Kicap secukupnya

Cara masak:

1. Hiris semua jenis cili, satukan kesemua bahan dan sebatikan.

7.SAMBAL KICAP ASAM

Bahan-bahan:

-Air asam jawa sederhana pekat
-Cili api – ditumbuk
-Kicap
-Gula

Cara masak:

1. Sebatikan semua bahan dan sesuaikan rasa masam, manis serta pedasnya.
2. Tidak perlu letak garam.

Nota: Sambal ni sedap dimakan dengan ikan atau ayam bakar

8.SAMBAL GORENG

Bahan-bahan:

-10 biji cili api merah
-30 biji cili api
-1 labu bawang besar
-1 inci belacan
-1 cawan ikan bilis
-3/4 cawan minyak
-Petai
-1 sudu teh gula
-1/2 sudu teh garam
-1/4 sudu teh ajinomoto

Cara masak:

1. Tumbuk / kisar kasar semua bahan kemudian tumis hingga naik minyak dan garing.
2. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan sedikit gula
3. Boleh tambah petai juga.

*Nak cuba yang mana satu dulu ya?

Baca juga: Cara Buat Cornflakes Caramel Viral ‘Basah’ & Melekit, Yang Ini Serius Sedap Tak Tipu!

Sumber: Instagram @dapurkakzu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×