Euforia Bola 2026
Teknologi

Jangan Tunggu Kemalangan Baru Nak Ada Kit Kecemasan, 12 Barang Ini WAJIB Ada Dalam Kenderaan!

kit kecemasan

Kit kecemasan merupakan keperluan asas yang sering dipandang ringan oleh ramai pemandu, sedangkan ia mampu menjadi penyelamat dalam situasi tidak dijangka di jalan raya. Setiap individu bertanggungjawab memastikan keselamatan diri dan orang tersayang dengan membuat persediaan sebelum memulakan perjalanan.

Perkongsian daripada Majlis Keselamatan Jalan Raya menerusi Facebook, mengingatkan orang ramai agar sentiasa menyediakan kit kecemasan lengkap di dalam kenderaan, tidak kira sama ada perjalanan dekat atau jauh.

Baca juga: Awas! MCMC Sekat Akses Grok AI, Didakwa Jana Kandungan Tak Senonoh Libatkan Wanita & Kanak-Kanak

12 BARANG PENTING DALAM KIT KECEMASAN KENDERAAN

kit kecemasan

Gambar hiasan: Freepik

Kenapa kit kecemasan sangat penting?

Kemalangan, kerosakan kenderaan atau kecemasan kesihatan boleh berlaku pada bila-bila masa. Dengan adanya kit kecemasan, pemandu bukan sahaja dapat mengurangkan risiko bahaya, malah mampu bertindak pantas sementara menunggu bantuan tiba.

Berikut antara barang yang disarankan untuk sentiasa ada di dalam kenderaan bagi memastikan keselamatan semasa kecemasan:

Baca juga: Ramai Tak Sedar Taktik Kecurian Dalam Pesawat, Buat 4 Tips Mudah Ini Untuk Pastikan Barang Selamat!

  1. Pengecas telefon bimbit – memastikan telefon sentiasa mempunyai bateri untuk menghubungi bantuan.
  2. Tukul keselamatan pelbagai guna – berguna untuk memecahkan cermin atau memotong tali pinggang keselamatan.
  3. Segi tiga keselamatan – memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya lain.
  4. Kabel pelompat – membantu menghidupkan kenderaan apabila bateri lemah.
  5. Pemadam api kecil – penting untuk memadam kebakaran kecil sebelum menjadi lebih besar.
  6. Kit pertolongan cemas – rawatan awal bagi kecederaan ringan.
  7. Payung – melindungi diri ketika hujan atau cuaca panas.
  8. Perkakas pelbagai guna – memudahkan kerja pembaikan asas.
  9. Air botol – mengelakkan dehidrasi terutama ketika menunggu bantuan.
  10. Lampu suluh dan bateri tambahan – penting ketika kecemasan pada waktu malam.
  11. Tayar simpanan dan alat penukar tayar – keperluan asas jika tayar pancit.
  12. Jaket keselamatan pembalik cahaya – meningkatkan penglihatan pengguna jalan raya lain.

Memiliki kit kecemasan yang lengkap bukan sahaja memberi ketenangan kepada pemandu, malah mampu menyelamatkan nyawa dalam situasi kritikal. Walaupun kecemasan tidak dapat dijangka, persediaan awal mampu membuat perbezaan besar.

kit kecemasan

Baca juga: Tutorial Lengkap Cara Guna Aplikasi MyGOV Untuk Semak STR & Bantuan Kewangan, Tak Payah Pening Dah!

Sumber: Majlis Keselamatan Jalan Raya

FT Image: prostooleh (1), (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×