Euforia Bola 2026
Inspirasi

Dibesarkan Ibu Tunggal Penoreh Getah, Anak Kaum Jakun ‘4 Flat’ STPM Bakal Ke Universiti Manchester!

kaum jakun

“Saya perlu bagi ibu sesuatu supaya boleh ingat yang dia besarkan saya tidak sia-sia.” Itulah luahan Roziana Tan Beng Hai, 20, anak Orang Asli kaum Jakun yang menjadi pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.

Lebih membanggakan, beliau telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Sosial di Universiti Manchester, United Kingdom.

Baca juga: Lima Atlet Cilik Malaysia Memanah Berkuda Ukir Sejarah, Raih Gelaran Juara (9 Emas) & 1 Rekod Dunia!

ROZIANA ANAK KAUM JAKUN BAKAL MELANGKAH KE UNIVERSITI MANCHESTER, UK!

kaum jakun

Gambar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Majlis Anugerah Murid Cemerlang (AMC) JAKOA.

Bagi Roziana, kejayaan ini bukan sekadar untuk dirinya semata-mata, tetapi sebagai hadiah buat ibunya, Rohani Wambuan, 56, yang selama ini membesarkannya dengan penuh kesusahan dan pengorbanan.

“Sebelum ini, ibu hanya menoreh getah dan kini bekerja di ladang kelapa sawit. Jadi, saya nak balas jasa mak yang besarkan kami dua beradik seorang diri,” katanya dengan suara sebak ketika ditanya wartawan Sinar Harian.

Roziana ditemui selepas menerima pengiktirafan di Majlis Anugerah Murid Cemerlang (AMC) JAKOA yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, Mohd Zamri Mustajap.

kaum jakun

Permohonan Roziana ke Universiti Manchester dibuat melalui sistem Universities and Colleges Admissions Service (UCAS) selepas mengetahui peluang tersebut di TikTok.

“Saya menerima dua tawaran, satu dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Sosial, dan satu lagi dalam Perhubungan Antarabangsa.

“Saya pilih ekonomi, dan kini sedang menunggu keputusan permohonan biasiswa serta akan menduduki ujian kelayakan IELTS bagi melengkapkan syarat tawaran,” jelasnya.

Roziana turut menyeru rakan-rakan dari komuniti Orang Asli, khususnya kaum Jakun, agar berani menonjolkan potensi diri dan tidak malu bersaing secara sihat.

“Jangan malu, tunjukkan kebolehan kita,” pesannya dengan yakin.

Baca juga: Serba Daif Tapi Kemas & Tinggi Adab Melayu, Rumah Warga Emas Ini Jadi Bualan Mulut Warga Maya!

JAKOA harap pelajar jadi agen perubahan

orang asli kaum jakun

Menurut Mohd Zamri, seramai 149 pelajar Orang Asli memperoleh keputusan cemerlang tahun ini membabitkan 116 pelajar SPM dan 33 pelajar STPM.

“Maklumkan kejayaan ini kepada kawan-kawan dan penduduk kampung agar mereka terus belajar hingga berjaya.

“Jika momentum ini berterusan dengan bantuan dasar kerajaan serta sokongan pelajar sebagai agen perubahan, insya-ALLAH lebih ramai masyarakat luar bandar akan berjaya sekali gus mengurangkan kadar keciciran pendidikan,” katanya.

Baca juga: Discovery Channel Buatkan Anak Malaysia Ini Berimpian Besar, Kini Bergelar Jurutera Nuklear Di Syarikat Terkenal Dunia

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Harian Metro / BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×