Baru-baru ini, satu video tular di laman X telah meruntun hati warga maya. Di mana, penulis difahamkan apabila dua beradik warga emas yang telah bermusuhan selama 10 tahun, akhirnya berpelukan dan berdamai semula.
Malah, momen indah ini terjadi kerana usaha anak-anak mereka.
Baca juga: Dr. Amalina & Suami Sambut Kehadiran Anak Kedua, Nama Aurora Sienna Jadi Pilihan!
KISAH MERUNTUN HATI ADIK-BERADIK WARGA EMAS 10 TAHUN TAK BERTEGUR

Tangkap layar video dikongsikan akaun X- @mhmmdhsm
Dalam ciapan yang dikongsi oleh pengguna @mhmmdhsm dia menulis,
“10 tahun bergaduh dan bermasam muka sampai tak kenal adik-beradik, tapi anak-anak yang menyatukan pakcik dan makcik ini balik. Kalau gaduh adik-beradik janganlah lama sangat. Semoga pakcik dan makcik diberi kesihatan baik.”
Rakaman video yang mengiringi ciapan tersebut menunjukkan seorang warga emas lelaki berpakaian kemas berdiri di hadapan seorang wanita berusia yang duduk di atas sofa dengan tenang.
Namun, suasana sedikit janggal kerana si lelaki kelihatan seolah-olah tidak mengenali wanita di hadapannya.
Anaknya, yang berada di sisi, bertanya lembut, “Siapa itu, ayah? Ayah tak kenal ke?” Lalu dengan penuh kasih sayang, dia menjelaskan, “Itu Acik Mua…”
Baca juga: “Neraka Bukan Bahan Jenaka”, PU Syed Kecam Konten Video Tular Didakwa Persenda Agama
Sebaik nama itu disebut, pakcik tersebut seolah-olah tersentak dengan memori lama.
Tanpa sebarang kata, dia terus melangkah ke hadapan dan memeluk wanita itu dengan erat, dalam pelukan yang sarat dengan tangisan dan keinsafan.
Air mata mereka tumpah, bukan kerana kesedihan semata-mata, tetapi kerana sebuah rindu yang dipendam selama sedekad.
Detik paling menyentuh hati adalah di akhir video, apabila mereka berdua kelihatan berjalan berpimpin tangan, perlahan tapi pasti. Seolah-olah menyambung kembali ikatan darah yang pernah terputus kerana ego dan salah faham.
Baca juga: Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan, Anak Sulung Ceritakan Detik Ngeri Ketika Kenderaan Terjunam Gaung
Nota penulis:
Kisah ini menjadi peringatan kepada mata yang memandang. Usah biarkan ego merampas kebahagiaan dan kasih sayang keluarga.
Pertemuan semula ini mungkin mengambil masa 10 tahun, namun ia membuktikan bahawa selagi nyawa masih ada, pintu kemaafan tetap terbuka.
Baca juga: Subjek Bahasa Inggeris ‘A’ Tapi Gred CEFR Dapat ‘C’ Di Sijil SPM, Ini Sebab Kenapa Tak Sama
Sumber: X – @mhmmdhsm
FT Image: X – @mhmmdhsm
