Hidup tanpa belaian ibu dan bapa bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi di usia muda. Namun, ketabahan anak yatim piatu ini membuat ramai yang tersentuh hati kerana meskipun diuji kehilangan insan tersayang, dia tetap cekal melangkah demi meneruskan kehidupan.
Begitulah kisah adik Alis, seorang remaja yang sudah tiga tahun bergelar yatim piatu selepas pemergian kedua ibu bapanya ketika dia berusia 17 tahun. Berat mata memandang, namun lebih berat lagi beban yang dipikul oleh anak muda ini.
KISAH KETABAHAN ANAK YATIM PIATU BERNAMA ALIS

Menerusi perkongsian video di TikTok @ceokuterer, kisah Alis mengundang sebak ramai apabila mengetahui bagaimana dia berdikari menguruskan diri sepenuhnya. Segala urusan makan minum, persekolahan, rumah sewa hingga bayaran bil utiliti, semuanya dilakukan tanpa sokongan keluarga.
Walaupun menempuh jalan sukar, Alis tidak pernah menjadikan ujian ini sebagai alasan untuk berhenti belajar. Malah, usahanya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 28 September lalu.
Rakaman tersebut turut memperlihatkan beberapa pihak tampil menghulurkan bantuan, antaranya Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri melalui PPPN Kelantan yang hadir bagi meringankan beban Alis.
@ceokuterer Kisah Adik Alif yang hidup sendirian selepas kematian Ibu dan Ayah sejak berusian 17 tahun. Adik Alif mendapat tawaran belajar ke UPSI. Pokdi tak dapat bayangkan bagaimana Adik Alif mengharungi hidup sebelum ini. 3 tahun bersendirian urus diri, persekolahan, makan minum, rumah sewa, bil dan semuanya. Betapa kuatnya diri mu Adik Alif.
♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙
Ruangan komen pula dibanjiri kata-kata semangat daripada warga maya yang mengakui sebak menonton kisahnya.
Kisah adik Alis turut mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
“InsyaAllah, MARA akan bantu. Semalam saya sudah dimaklumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu,” tulis beliau di ruangan komen.
Seorang warga maya pula menzahirkan rasa simpati dengan menulis, “sebaknya hati baca kisah adik alis. Tak sedar air mata mengalir. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buatmu Alis. Terus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak muda yang lain.”
Walaupun langkahnya kini ditemani sunyi dan rindu, Alis tetap tersenyum, meniti hari demi hari dengan hati yang cekal. Setiap doa yang dipanjatkan menjadi penguatnya dan setiap sokongan kecil dari insan sekeliling adalah cahaya yang menyinari perjalanan hidupnya yang penuh liku.
@ceokuterer Alhamdulillah @PPPN KELANTAN (ICU JPM) mari hulur bantuan untuk Adik Alis yang hidup sendirian sejak berumur 17 tahun. Adik Alis mendapat peluang untuk belajar di UPSI pada hujung September ini. Pokdi doakan kejayaan Adik Alis.
♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙
Sumber: TikTok @ceokuterer
FT Image: TikTok @ceokuterer
