Euforia Bola 2026
Famili

Selepas Ambulans Beredar, Ustaz Azhari Arah Dua Pelajar Bersihkan Kesan Darah Zara Di Lokasi Kejadian!

kesan darah

Kesan darah di lokasi Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri menjadi perhatian dalam prosiding inkues hari ini. Mahkamah Koroner diberitahu dua pelajar berusia 16 tahun diarahkan membersihkan tompokan darah selepas mangsa dibawa menaiki ambulans pada 16 Julai lalu.

Saksi keenam prosiding, Linah Mansoding, 65, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Mustapha, Limauan, berkata arahan itu dipercayai datang daripada warden utama, dikenali sebagai Ustaz Azhari.

Baca juga: Arwah Zara Dituduh Mencuri RM300 Milik Rakannya, Sehari Sebelum Insiden Tragis Berlaku!

KESAN DARAH ZARA DI LOKASI KEJADIAN DIBERSIHKAN OLEH 2 PELAJAR

kesan darah

Gambar oleh Mohd Adam Arinin (NSTP)

“Ada darah keluar dari kaki Zara. Mereka membersihkan kawasan tempat Zara dialihkan selepas ambulans beredar.

“Seorang pengawal keselamatan lelaki turut membantu dengan menyalakan lampu suluh untuk mereka.

“Bagaimanapun, kesan darah itu yang sudah menjadi hitam masih boleh dilihat sehingga sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Linah berkata, tompokan darah di lokasi asal Zara Qairina ditemukan berhampiran longkang akhirnya hilang akibat hujan lebat.

Zara dipindahkan dari lokasi kejadian oleh Ustaz Azhari bersama pelajar

Terdahulu, beliau memberitahu mahkamah ada melihat dua pelajar, seorang rakan sekelas dan Ustaz Azhari memindahkan Zara Qairina.

Ketika itu, katanya, Zara Qairina tidak memakai tudung, sebahagian bahagian atas tubuhnya terbuka dan tidak terdapat selipar atau kasut berdekatan.

Linah turut melihat darah mengalir dari tengkuk dan kaki kiri mangsa dengan tulang terkeluar dari kakinya.

Katanya, kejadian itu disaksikan dari lokasi pelajar berusia 13 tahun itu ditemukan hingga kawasan hadapan rumah seorang lagi warden berhampiran pintu keluar sekolah.

Saksi itu turut meniru bunyi mencungap untuk menggambarkan reaksi Zara Qairina ketika cuba dikejutkan sementara menunggu ambulans yang hanya tiba selepas sejam.

Peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, bertanya mengapa pelajar itu dialihkan.

“Saya tidak pasti, tetapi mereka kata kasihan padanya (Zara Qairina),” jawabnya sambil menambah kawasan tempat Zara ditemui itu sudah dua bulan bergelap tanpa lampu.

Ustaz Azhari minta gambar Zara yang diambil di lokasi kejadian dipadam

Beliau mengakui Ustaz Azhari pernah memintanya memadam gambar yang diambil ketika pertama kali Zara Qairina ditemukan.

“Beliau minta saya padam kerana bimbang ia akan tersebar jika pelajar lain meminjam telefon saya,” katanya.

Gambar berkenaan sudah dikemukakan sebagai satu daripada bahan bukti dalam prosiding inkues yang berlangsung selama 17 hari.

Baca juga: Hari Kedua Inkues: Zara Qairina Boleh Jadi Melompat Atau Menghayun Diri Sebelum Jatuh

Sumber: Berita Harian

FT Image: Syira Leizel Janice Abdullah / BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×