Euforia Bola 2026
Asuh

‘Parents’ Tak Sedar Buat 6 Tanda Ini Sebenarnya MEMBULI ANAK, Bila Besar Dia Buli Orang Lain Pula!

kesan buli

Kadang-kadang ibu bapa tidak sedar tindakan dan kata-kata yang diberikan kepada anak, rupa-rupanya membuli. Impaknya, anda telah melahirkan seorang pembuli dengan tidak sengaja. Ya, memang kuat kesan buli ini kerana boleh mempengaruhi anak-anak yang di dalam tempoh pengdewasaan.

Jadi, untuk mengelakkan anak-anak menjadi seorang pembuli, ikuti perincian tanda-tanda ibu bapa pembuli anak tanpa sengaja seperti dikongsikan Wawa Shauqi di bawah.

Baca juga: Didik ANAK LELAKI Kena Macam 5 Tips Ini, Besar Nanti Mampu Jadi Ikon Dunia!

KESAN BULI ANAK

kesan buli

Gambar: Wawa Shauqi

Memiliki anak yang ada difficult temperement ini buat saya takut nak sentuh bab buli. Pernah anak saya cakar muka anak orang, sampai bengkak muka kawan itu. Puncanya, kawan itu tarik seluar dia.

Kadang rasa elok dah didik. Dari umur 3 tahun buat social story dan belikan buku cerita berkaitan buli.

Bila muncul kawan yang buat buli ini nampak menyeronokkan, mulalah dia terikut. Kadang-kadang, tak ada kawan yang ajar pun, mulut dia tu laju sahaja nak sebut benda yang trigger orang lain. Tangan itu laju sahaja nak sakitkan orang.

Saya anggap, inilah antara ujian saya jadi parent. Dan menulis bab parenting. Itu sebab saya tak suka orang pandang saya tinggi. Saya pun menulis untuk mengajar diri juga. Dan saya pun lalui struggle didik anak.

Walaupun anak saya ada perangai sukar dia, tapi tak sekali-kali saya akan benarkan dia membuli. Tak kiralah buli secara fizikal, secara verbal mahupun secara siber.Apatah lagi sengaja ajar anak jadi pembuli.

Seboleh-bolehnya, kita sebagai parents tak usahlah gunakan alasan ‘biar anak tu jadi taf sikit’ untuk dia sesuka-hati membuli.

  • Nak jadi maskulin, biarlah berbudi bahasa. Jangan sampai rasa diri dia je rasa berhak berkuasa.
  • Nak jadi kuat, biarlah menguatkan orang lain sama. Bukan tunjuk kuat dengan melemahkan orang lain.

“A lot of parents were their children’s first bully.” Kata-kata ini mungkin boleh jadi eye opener untuk kita sebagai parents. Kadang kita tak sedar tindakan dan kata-kata kita rupanya membuli serta mampu melahirkan the another pembuli.

Nauzubillahiminzalik.

Baca juga: Ibu Bimbang Anak Gesel Alat Sulit Pada Sofa, Rupanya Dalam Fasa Phallic. Sila Beri Perhatian!

TANDA-TANDA IBU BAPA ADALAH PEMBULI ANAK TANPA SENGAJA

kesan buli

Gambar: freepik

1. Ejek fizikal anak

  • Gemok
  • Gajah
  • Hitam
  • Pendek

Dan macam-macam gelaran yang kita rasa seronok dibuat bahan gelak sendiri. Tapi tanpa sedar, kita buat anak makin hilang keyakinan, membenci diri dan membesar dengan sikap suka condemn kemampuan sendiri.

Paling tak seronok, anak akan buat benda yang sama pada orang lain untuk dia rasa lega dengan kekurangan yang ada pada diri.

2. Merendahkan usaha dan impian anak

  • “Apa benda yang kau buat ni? Macam tak ada faedah je. Buang masa je semua ni.”
  • “Abang kata dia nak jadi doktor. Hahaha. Belajar pun tak pandai.”

Kita akan mematikan semangat anak untuk terus mencuba dan buat anak makin jauh dengan kita. Disebabkan, tak dapat sokongan dari orang yang sepatutnya dia dapat.

3. Parentified child

Parentified child atau bahasa kasarnya, ‘mengkulikan’ anak. Kita boleh ajar anak bantu buat kerja rumah. Dalam masa yang sama, kita tak lepas tangan dengan tanggungjawab di rumah.

Tak adil kita biarkan anak buat semua benda, sedangkan kita goyang kaki di rumah. Sama juga tak adil bila kita buat semua kerja rumah, tanpa didik anak bantu tugas-tugas yang mereka mampu buat bersama.

Baca juga: Tips Simpan ‘Car Seat CRS’ Anak Berbulan Dalam Stor, Elok Je Tak Ada Kulat!

4. Mendera secara fizikal

buli

Gambar: freepik

Kalau kita biasa dibesarkan dengan kekerasan fizikal, memang mencabar untuk tidak memukul, mencubit dan menampar ini. Saya faham kalau kita berusaha nak hentikan.

Tapi untuk SENGAJA memukul sampai sakit, trauma dan takut, adalah tak patut. Anak tak patut dijadikan sasaran kita melampiaskan nafsu amarah. (Mahupun nafsu seksual – untuk parent jenis haruan makan anak).

Allah jadikan kulit mak ayah ini untuk anak dapatkan rasa selamat secara emosi, mental dan fizikal.

5. Mendera secara verbal

Seperti memaki, merendahkan, mengherdik, memerli dan sebagainya. Dengan alasan kena jadi parents yang tegas.

Saya yakin, Allah tidak meredai sikap manusia yang begini. Kita usahalah jadi tegas tanpa membenarkan perbuatan ini dilakukan secara sengaja kepada anak.

6. Letakkan salah anak pada bahu orang lain

Cikgu potong rambut anak yang panjang, datang serang cikgu. Anak buli orang lain, jamin dan menangkan anak. Ya, dah tentulah kita sebolehnya nak menangkan anak dalam banyak perkara.

Tapi, kalau salah tu, kita akui sajalah kesalahan. Tundukkan ego, minta maaf dan sama-sama fikirkan tindakan untuk ajar anak.

Kita takkan mampu didik anak sorang-sorang, perlukan orang lain juga untuk fahamkan anak peraturan dunia. Apatah lagi peraturan agama.

Anak yang ibu bapanya adalah pembuli pertama, akan cenderung membuli diri mereka sehingga dewasa. Kutuk diri, rasa diri tak cukup bagus, rasa tak mampu nak buat benda sehebat orang lain sampai takut nak capai kejayaan dan pergi jauh.

Paling nak kita elak, mereka berakhir dengan menjadi individu yang buat hidup orang lain menderita. Jadi pain in the ass dalam organisasi. Sampai kalau kita sakit dan tak wujud, orang lain rasa lega.

Sesungguhnya, kerja nak jadi parents ini kerja seorang khalifah, serius tugasnya. Sampai Allah akan tanya di akhirat nanti, sejauh mana kita buat dengan baik tugas ini.

Semoga Allah izinkan kita mampu besarkan anak yang membahagiakan manusia dengan ilmu, akhlak dan amal kebaikan mereka.

Baca juga:

Sumber: Wawa Shauqi

FT Image: freepik / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×