Euforia Bola 2026
Didik

Guru Hantar 18 Foto Murid Tak Siap Kerja Sekolah Dalam Group Whatsapp, Mak Ayah Report SiSPAA Kata ‘Aib’!

kerja sekolah tak siap

Di tengah-tengah kebimbangan tentang merosotnya nilai moral dalam kalangan remaja, tugas guru hari ini bukan sekadar mengajar tetapi juga menjadi ‘penjaga akhlak’ generasi akan datang. Malangnya, semangat mendidik itu sering kali diuji dengan sikap pelajar yang kerja sekolah tak siap dan lain-lain.

Menyakitkan hati adalah, walaupun sudah berkali-kali ditegur, ada yang langsung tidak terkesan!

Baca juga: “Hancur Hati Mummy..”- Murid Menangis Dikepung 4 Guru, Kena Tengking & Dituduh Penipu Di Kantin Sekolah

Guru Hantar Foto 18 Murid Kerja Sekolah Tak Siap, “Takkan Nak Taip Satu-Satu?”

kerja sekolah tak siap

Foto hiasan.

Tular kisah seorang guru yang berkongsi pengalaman rakan sejawatnya menerusi media sosial menegur pelajar yang culas. Guru itu memuat naik sekitar 18 gambar pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah ke dalam group WhatsApp kelas. Tujuannya jelas dan bukan untuk memalukan sesiapa, tetapi sebagai satu bentuk peringatan kepada ibu bapa agar lebih peka dan turut memantau tanggungjawab anak-anak mereka di rumah.

Namun, usaha murni itu tidak diterima baik oleh semua. Tindakan guru itu dikatakan menyinggung perasaan sebahagian ibu bapa, sehingga ada yang membuat aduan rasmi menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA). Mereka mendakwa anak-anak seolah-olah telah ‘dimalukan’ di hadapan khalayak ramai.

Insiden seperti ini mengundang persoalan besar, apa lagi ruang dan kaedah yang tinggal buat guru untuk menegur dan mendidik? Ia menggambarkan betapa mencabarnya tugas pendidik hari ini yang terpaksa berjalan di atas ‘tali halus’ antara amanah profesional dan sensitiviti luar jangka.

Pun begitu, tidak semua bersikap negatif. Ada juga ibu bapa yang lebih terbuka dan menyambut pendekatan guru dengan pandangan yang matang. Mereka memahami bahawa kerjasama antara guru dan ibu bapa amat penting dalam membentuk anak-anak yang berdisiplin dan berjaya.

kerja sekolah tak siap

Foto hiasan: Kosmo

“Bagus la kalau cikgu buat macam tu, siapa suruh tak buat kerja sekolah? Kalau tak nak buat,tak payah sekolah,”– netizen.

Baca juga: Papar Visual Aneh & Mengarut, Kartun Viral ‘Tung Tung Sahur’ & ‘Tralalero Tralala’ Boleh Rosakkan Otak Anak!

Sumber: Threads @chimamija

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×