Euforia Bola 2026
Nur

Kecoh Kes Isteri Terima Hibah RM1 Juta Daripada Suami, Tapi Keluarga Mentua ‘Cabar’ Keputusan Minta Jadi Faraid!

hibah takaful

Baru-baru ini tular di media sosial tentang satu kes hibah takaful yang melibatkan seorang peserta takaful yang meninggal dunia dan meninggalkan polisi takaful bernilai RM1 juta yang telah dihibahkan kepada balunya.

Hibah merupakan satu bentuk pemberian secara sukarela daripada seseorang kepada orang lain semasa hidupnya, tanpa mengharapkan balasan (tanpa sebarang pertukaran atau bayaran). Ia merupakan salah satu konsep dalam muamalat Islam dan digunakan dalam konteks pembahagian harta.

Baca juga: Cikgu Hempas & Tikam Kepala Murid Sampai Ada 7 Tusukan, Gigil Badan Si Ayah Bila Tengok CCTV!

KECOH KES HIBAH TAKAFUL RM1 JUTA BOLEH DICABAR?

HIBAH TAKAFUL

Berbalik kepada kes di atas, si suami memberikan hibah bernilai RM1 juta kepada isteri dan proses ini hanya mengambil masa seminggu untuk selesai.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga pihak lelaki tidak berpuas hati dengan pengagihan tersebut dan membawa kes hibah takaful ini ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Keputusan di Mahkamah Tinggi Syariah berpihak kepada si balu dan membuatkan keluarga lelaki masih tidak berpuas hati dengan kata putus itu.

Keluarga mentua mula bertindak luar kawalan dengan mencabar keputusan Mahkmah Tinggi Syariah dan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Sivil untuk membatalkannya.

Lebih mengejutkan apabila Hakim Mahkamah Tinggi Sivil membuat keputusan memutuskan bahawa hibah tersebut tidak sah daripada sudut undang-undang sivil dan wang pampasan itu perlu diuruskan mengikut hukum faraid.

Menurut Shahrul Sabri yang merupakan adik kepada si balu dia menyatakan kes ini sudah menang ketika di Mahamah Syariah pada tahun 2023 selepas dicabar pada tahun 2021.

“Salam semua, saya merupakan ejen takaful bagi arwah. Penerima hibah tersebut adalah kakak saya. Polisi ini adalah di bawah AIA Public Takaful Berhad.

“Kes ini pada asalnya telah dimenangi di Mahkamah Tinggi Syariah pada tahun 2023 selepas dicabar pada tahun 2021. Namun begitu, waris keluarga arwah tidak berpuas hati dan telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah.

“Apabila dibawa ke Mahkamah Sivil, keputusan berpihak kepada pihak yang mencabar dan kakak saya telah diarahkan untuk memulangkan wang tersebut, walaupun pihak AIA Takaful telah mengesahkan bahawa kakak saya adalah penerima sah di bawah hibah bersyarat (conditional hibah).” jelasnya.

Ini adalah sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Tertera pembahagian faraid harta pusaka arwah untuk waris-waris faraid beliau termasuk ibu bapa, isteri dan 3 orang anak perempuan

Keseluruhan hibah yang sepatutnya diterima oleh si balu dibatalkan dan diperintahkan untuk diagihkan semula mengikut hukum faraid. Susulan keputusan itu, balu hanya menerima 9 daripada 81 bahagian.

hibah takaful

Kes ini pula di bawa ke Mahkamah Rayuan dan diharapkan semuanya baik-baik sahaja.

“Bukan faraid yang salah, tapi manusia yang sepatutnya bertanggungjawab itu yang bermasalah mengabaikan amanah,” ujarnya di akhir ayat.

Baca juga: Misi Kayuhan Ke Tanah Suci, Pelakon Amar Baharin & Qobin Hampir Tiba Di Madinah…

Sumber: Afyan Mat Rawi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×