Euforia Bola 2026
Famili

Ada Sindiket & Taktik Curi Susu Formula Bayi Sorok Celah Kelangkang, Dah ‘Mengganas’ Di 3 Negeri Ini!

susu formula kanak kanak

Oleh kerana harga susu formula kanak kanak semakin naik di pasaran, sebuah sindiket licik mencuri susu formula ini wujud di dalam negara kita, Malaysia.

Namun tidak dapat bertahan lama kerana, akhirnya tumbang di tangan pihak polis selepas empat individu diberkas dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Baca juga: “Aku Penat Sangat”- Wanita Luah Terpaksa Campur Ubat Batuk Dalam Susu Anak, Tak Tahan!

TAKTIK CURI SUSU FORMULA KANAK KANAK, SOROK CELAH KELANGKANG!

susu formula kanak kanak

Foto hiasan AI.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit, memberitahu bahawa kumpulan yang digelar ‘Sindiket Susu Borneo’ itu dipercayai aktif sejak tahun 2011 dan baru-baru ini kembali mengganas. Hanya dalam tempoh seminggu, mereka sempat melaksanakan 12 siri kecurian di pasar raya sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Kesemua suspek berusia antara 23 hingga 50 tahun itu merupakan penganggur, terdiri daripada dua lelaki berasal dari Sabah serta sepasang lelaki dan wanita warga Filipina.

“Mereka beroperasi dengan menyamar sebagai pelanggan biasa. Seorang wanita akan ‘menyimpan’ susu formula di dalam baju dan seluar, termasuk di bahagian pinggang dan celah kelangkang, sementara dua lelaki bertindak mengawal lorong di dalam premis dan seorang lagi bertugas memantau di luar,” jelas beliau dalam sidang media di IPD Melaka Tengah.

Hasil serbuan pada jam 12.05 tengah malam, polis merampas 71 kotak, 15 peket dan 12 tin susu pelbagai jenama, selain 22 peket minuman dengan nilai keseluruhan melebihi RM12,600. Turut ditemui, sebuah SUV, empat telefon bimbit, pakaian diubah suai, topi, kasut, pita pelekat, plastik sampah dan beg kain yang dipercayai digunakan untuk melaksanakan kecurian.

Siasatan mendapati tiga daripada empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes curi, dadah dan mendatangkan kecederaan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

susu formula kanak kanak

Foto hiasan AI.

*Jangan sampai orang nak beli susu formula tiada stok!

Baca juga: Ramai Ragu Lelaki Boleh Jaga Anak, Si Ayah Ini Buktikan Sebaliknya, Jaga Sendiri Bayi Dari Usia 3 Bulan

Sumber: Berita RTM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×