Pada pagi 12 Jun tadi, masyarakat dikejutkan dengan insiden menyayat hati yang berlaku di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka, melibatkan kematian seorang guru wanita berusia 51 tahun dan anak lelakinya yang berumur 21 tahun.
Kedua-duanya ditemui tidak bernyawa di ruang tamu kediaman mereka, manakala seorang lagi anak berusia 13 tahun ditemui terbaring di bahagian garaj rumah.
Baca juga: Tragedi Subuh, Guru Dan Anak Sulung Ditemui Maut Dibun**, Seorang Lagi Cedera Parah
Remaja Tertekan Belajar, Jadi Suspek Utama Kes Bunuh Taman Rambai

Foto: Sinar Harian
Menurut laporan terkini oleh Malaysia Gazette, kejadian mengejutkan ini dipercayai dilakukan oleh anak kedua kepada wanita berkenaan, yang kini menjadi suspek utama.
Remaja lelaki berumur 17 tahun itu yang merupakan calon SPM tahun ini, didakwa bertindak sedemikian kerana mengalami tekanan emosi akibat kerap didesak oleh ibunya dan abang untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Disebabkan tekanan yang telah lama dipendam, remaja terbabit dipercayai telah merancang tindakannya terlebih dahulu sebelum bertindak sekitar jam 5 pagi. Serangan pertama dilancarkan terhadap ibunya, dan ketika abang cuba meleraikan pergelutan tersebut, dia turut menjadi mangsa serangan yang sama oleh suspek yang sedang hilang kawalan.
Ujian Air Kencing Tiada Pengaruh Dadah
Adik bongsu yang turut mengalami kecederaan dikatakan cuba membantu ibu dan abangnya, namun tidak berjaya menyelamatkan mereka.
Kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam keseluruhan insiden, termasuk cubaan suspek melupuskan bahan bukti. Ketika ditahan pihak berkuasa, remaja berkenaan didapati berada dalam keadaan termenung. Hasil ujian air kencing mendapati tiada kesan pengambilan bahan terlarang dikesan.
Baca juga: “Nak Kebumi Di Mana?” – Dua Beradik Bergaduh Di Wad Ketika Ayah Nazak, Kena ‘Heret’ Ke Mahkamah!
Sumber: Malaysian Gazette
